Foto Aeril Zafrel Di Tapak Pembinaan Jadi Bualan, Jurutera Ini Papar Realiti Sebenar

Lumrah jika kita tonton di kaca televisyen, drama-drama tempatan yang dipaparkan kebanyakannya menunjukkan jalan cerita sama ada kekayaan ataupun kemiskinan sesebuah keluarga.

Bukan untuk menidakkan atau tidak bersetuju, malah ketahuilah bahawa ia sebenarnya memang berkait rapat dengan kehidupan normal di Malaysia dan situasi tersebut sangat dekat di hati kita.

Pengarah drama tempatan rata-rata pasti mempunyai idea yang tersendiri bagaimana mereka mahu mengetengahkan drama tersebut supaya watak yang dibawa oleh seseorang pelakon itu ‘menjadi.’

Terbaharu, kecoh di laman Twitter selepas pelakon Aeril Zafrel memuat naik sebuah foto di laman Instagram miliknya, memaparkan dirinya di sebuah tapak pembinaan:-

Pengguna yang bernama Nazri itu jelas menunjukkan beliau bukan tidak bersetuju, tetapi beliau hanya menunjukkan bagaimana pemakaiannya sewaktu menjalankan ‘site visit ’ di sesebuah tapak pembinaan.

Menerusi ruangan komen pula, ramai yang bersetuju dengan pendapat Nazri dan ada juga yang menunjukkan pakaian masing-masing sewaktu menjalankan pekerjaan yang sama.

Tak kiralah bagaimana pemakaian seseorang itu, yang penting aspek keselamatan perlulah dititikberatkan selain menjalankan tugas dengan ikhlas..

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral Press

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*