“Yang Selalu Jadi Mangsa Mestilah…,” – Achey Kongsi Video Gurau Bersama Arwah Abam, Peminat Rindu Ingin Lihat Bocey Beraksi

 

Pelakon dan pelawak, Achey Bocey ada berkongsi satu video telatah gurauannya bersama sahabat, Fad dan Allahy4rham Abam sewaktu berkerjasama dalam menjayakan sebuah program.

Menurut Achey, dia amat merindukan kehadiran Allahy4rham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar apatah lagi untuk berkerjasama bersama kesemua ahli kumpulan Bocey itu.

View this post on Instagram

#KITA .. .. #bocey #kitabaikramaisayang #jasadjauhhatidekat

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

 

“Allah rindunya nak berkerja dengan budak bertiga ni. Tapi yang selalu jadi m4ngsa mestilah arw4h.

“Kenangan macam ni yang kami paling rindu Bam. Moga tenang di sana. Satu masa kami menyusul,” tulisnya.

Video berdurasi 15 saat itu dikongsikan oleh Achey menerusi akaun Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis berkongsi rasa sedih selain turut meluahkan rasa rindu untuk melihat persembahan kumpulan lawak tersebut.

Terdahulu, selepas kejayaan lagu Sakit yang memperoleh jumlah tontonan lebih 28 juta di laman Youtube, Achey difahamkan bakal kembali dengan single terbarunya tidak lama lagi.

Sumber: Instagram Achey Bocey

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Mh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*