Cik B Teruja Lihat Diri Sendiri Di TV, Sekali Ben Amir & Mira Filzah Masuk Komen Buat Ramai Terkejut

 

Siapa yang tak kenal dengan anak kepada usahawan wanita terkenal Dato Seri Vida, iaitu Cik B?

Untuk yang mengikuti perkembangan Cik B pasti tahu sekarang ini Cik B sudah mula berjinak di dalam dunia lakonan.

Terbaharu, Cik B digandingkan bersama Naim Daniel dan Ismail Izzani di dalam sebuah drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta hasil adaptasi dari sebuah novel.

HIGHLIGHT : Episod 2 | Lelaki Lingkungan Cinta (2020) - YouTube

Wahhh bukan beshe-beshe lah Cik B sekarang!

Melihat kepada ciapan-ciapan Cik B yang dimuat naik di Twitter, Cik B mengaku malu melihat dirinya di kaca televisyen.

“Malu ahhh, sorry cikb tak reti berlakon korang jgn marah cikb” – tulis Cik B

Cik B Tampil Dengan Drama Sulung 'Lelaki Lingkungan Cinta'

Teruja melihat drama lakonan pertamanya, Cik B juga berkongsi video reaksi dirinya melompat gembira di laman sosial Twitter miliknya.

 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila Ben Amir pun turut join komen sekali!

“Hopefully lepas ni dapat berlakon dengan cikb” – tulis Ben

OMG! Siapa je yang tak teruja bila pelakon kacak macam Ben ajak berlakon sekali kan? Cik B nampaknya terharu dan membalas komen itu dengan emoji terkejut berserta mini love.

Bukan itu sahaja, Mira Filzah pun turut join membalas komen Ben mengatakan dia juga mahu berlakon bersama Cik B juga!

“Eh sama!! Nak jugak!” – tulis Mira

Mira juga dilihat turut memberi kata-kata semangat kepada Cik B untuk teruskan berlakon.

Alahai untung Cik B! Kami di Hot FM doakan semoga Cik B diberi lebih banyak peluang di dalam dunia seni, boleh lah Cik B teruskan bakat yang terpendam tu!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

 

Sumber: Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*