Kehilangan Scha Al-Yahya Di IG Akhirnya Terjawab! Ini Puncanya Selepas Jadi Buah Mulut Netizen

 

TINDAKAN mengejut pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya memadam akaun Instagramnya pada Khamis menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut laman sosial itu.

Bagaimanapun, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, tampil menjelaskan perkara itu berlaku secara tidak sengaja disebabkan kesilapan teknikal.

Menurut Scha, kesilapan itu berlaku ketika dia ingin membuat pautan akaun perniagaan Facebook kepada akaun laman Instagram miliknya.

Status terakhir Scha mengundang kebimbangan.

Kata Scha lagi, dia akan membuka semula laman sosialnya selepas selesai dikemaskini.

“Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak di cerita panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.

“Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula. Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula,” katanya kepada mStar.

Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook.

SCHA AL-YAHYA

PELAKON

Akaun @schaalyahya yang memiliki lebih 5 juta pengikut itu tidak boleh diakses sejak malam Khamis dan netizen mula membuat pelbagai andaian.

Ada yang beranggapan ia digodam, malah tidak kurang juga menyifatkan isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu mahu ‘berehat’ dari media sosial memandangkan sedang hamil.

Scha turut memuat naik status terakhir mengatakan ‘I’ve had enough’ sebelum bertindak menutup akaun Instagram miliknya.

Scha kini sedang ham1il anak kedua.

Malah, netizen juga mula meninggalkan pertanyaan di ruang komen suaminya yang juga pengacara program Melodi.

Menerusi laporan mStar pada 7 September lalu, Awal mendedahkan kelakuan isterinya tidak seperti kebiasaan ketika sedang hamil.

Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*