Memang Tak Sangka, Punca Neelofa Berpurdah Didedahkan Selepas Jadi Buah Mulut Netizen

 

KUALA LUMPUR: Selebriti dan pengacara popular, Neelofa, 31, mengakui lebih gembira selepas membuat keputusan untuk memakai niqab.

Neelofa yang mengesahkan dirinya berniqab pada 15 Oktober lalu itu berkata, dia selesa berhadapan dengan orang ramai dengan imej terbaharunya itu.

“Di Malaysia, hanya minoriti yang memakai niqab, jadi untuk berada di kalangan yang tidak memakai adalah cabaran yang besar. Tetapi, Alhamdulillah, saya sukakannya. Saya lebih gembira apabila bangun pagi dan memakainya.

“Saya masih ingat pada hari kedua saya memakai niqab, saya pergi ke kelas dan ustazah bertanya apa yang dirasa? Saya rasa lebih ‘free’ sekarang.

“Orang berpendapat memakai niqab seperti dipenjarakan sebab perlu menutup semuanya, tetapi sebaliknya saya rasa lebih ‘free’ untuk buat banyak benda, berhadapan dengan orang awam bukan muhrim dan Omengadakan sesi live dalam laman sosial. Saya rasa kurang bersalah,” katanya.

 

Neelofa berkongsi luahannya apabila ditanya pengacara, Uyaina Arshad dalam siaran langsung menerusi laman Instagram (IG) Naelofar yang turut mempromosikan rekaan terbaru tudungnya, sekitar jam 4 petang tadi.

Sebelum itu, Neelofa turut menerangkan mengapa tidak berkongsi keputusannya untuk berniqab.

“Saya tak bersedia berkongsi kerana saya tak mahu orang ramai salah tafsir atau fikir bukan-bukan. Ia adalah keputusan peribadi yang saya buat. Tiada siapa tahu, hanya diri saya sahaja.

“Apa yang membawa kepada keputusan tekad ini selepas memperoleh ilmu dicari dan pemahaman diperoleh daripada semua kelas yang saya sertai.

“Saya sudah faham dan tahu, tetapi patutkah saya tidak menghiraukan perkara ini atau amalkan? Jadi, saya ikhlas untuk mengamalkannya. Alhamdulillah, pakai niqab lebih mudah untuk dibiasakan,” katanya.

View this post on Instagram

New week, new opportunities, new mindsets!

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

 

Pengacara Next To Neelofa itu berkata, pemakaian niqab ekoran izin Allah. Tanpa izin-Nya, mungkin dirinya tidak cukup kuat untuk membuat keputusan berkenaan.

“Ia bukanlah daripada saya, tetapi ia dengan izin Allah. Ia juga bukan daripada kudrat atau kuasa saya. Tanpa izin Allah saya takkan pakai. Allah boleh tarik balik semua ini pada bila-bila masa sahaja.

“Disebabkan itu, saya berdoa agar niat saya lurus dan terang. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya bersyukur, saya ada pilihan untuk memakai atau sebaliknya di Malaysia. Ini kerana sesetengah negara tidak membenarkan wanita memakai niqab,” katanya.

Neelofa mengakui, pemakaian niqab secara perlahan-lahan membentuk dirinya menjadi lebih baik.

“Dalam situasi saya, perlu saya pakai bagi mengelakkan tabarruj, fitnah dan beberapa perkara lagi. Saya berharap ia boleh membentuk percakapan, akhlak dan cara saya melihat sesuatu.

“Tak bermakna saya memakai niqab kerana sudah cukup bagus, tetapi apabila saya pakai secara perlahan-lahan membuatkan saya menjadi insan lebih baik,” katanya.

View this post on Instagram

spot my Nilofa Milk !

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

 

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*