[15 FOTO] Terima Menantu, Mewahnya Wedding & Cantik Anak DATO’ SRI SALMAH!

 

Tahniah buat Dato’ Sri Salmah Ismail dan suami yang selamat menerima menantu pada 20 September lepas. Selain tetamu jemputan berstatus VIP yang hadir, kemewahan majlis perkahwinan dan wajah cantik anak perempuan Dato’ Sri Salmah turut menarik perhatian ramai. Terpegun melihat keayuan wajah pengantin perempuan, Emira Qistina.

Menzahirkan rasa teruja dan syukur atas pernikahan anak tersayang, usahawan berjaya ini berkongsi luahan hati seorang ibu. Ujar beliau, “Dari lahir dikurniakan wajah yang cute, comel dan kulit kemerahan. Bila dewasa bertukar menjadi putih gebu, halus dan menyenangkan mata yang melihat. Suara yang lembut dan manja menyenangkan hati mendengar sapaanya.

Jari yang cantik dan lembut, mendamaikan jiwa bila menyentuh. Pagi-pagi pasti mencari umi. Seorang yang kelakar pasti ada saja sesuatu yang menghiburkan hati. Umi rindu Qist. Puteri Intan Payung Meletop Umi, Emira Qistina kini sah menjadi milik Dr Mohamed Syamim. Semoga Qist dan Syamim kekal bahagia hingga ke Jannah.”

Difahamkan Emira Qistina atau lebih mesra disapa Qist selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Dr Mohamed Syamim Dato’ Mazelan pada 20 September 2020. Majlis pernikahan serba indah mereka berlangsung di Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Qist kelihatan cukup memukau dalam persalinan nikah putih gading yang sedondon dengan suami tercinta. Pelamin nikah eksklusif dan mewah mereka pula dihias penuh indah Adiputra Décor.

Kredit: @kakifoto_ & @kakitembak_fotografi
Kredit: @kakifoto_ & @kakitembak_fotografi
Kredit: @kakifoto_ & @kakitembak_fotografi

Pada 3 Oktober lalu, majlis resepsi pasangan mempelai diadakan di Dewan Perdana Felda yang turut dihadiri golongan VIP iaitu rakan kepada Dato’ Sri Salmah dan suami. Memandangkan majlis berlangsung ketika Covid-19 masih melanda, jumlah jemputan terpaksa dikurangkan demi mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Busana perkahwinan Qist dan suami kali ini direka istimewa oleh Yaya Rosly dan Syahrul Safuan. Malah, sentuhan magis jurusolek terkemuka Epie Temerloh menaikkan lagi seri pengantin Qist! Majlis resepsi gilang-gemilang ini cukup meriah apabila diacarakan pelakon, pelawak dan pengacara Shiera Ijoy.

Ibu bapa Qist
Kredit: @kakifoto_ & @kakitembak_fotografi
Kredit: @cstproduction / @project2pi
Kredit: @kakifoto_ & @kakitembak_fotografi
Kredit: @kakifoto_ & @kakitembak_fotografi
Kredit: @kakifoto_ & @kakitembak_fotografi

Sebagai kejutan kepada pasangan raja sehari, khususnya anak tersayang… Dato’ Sri Salmah merealisasikan hasrat Qist untuk melihat penyanyi bersuara lunak, Misha Omar membuat persembahan di majlis persandingan. Bertuah Qist dapat kasih sayang yang tidak berpenghujung dari ibu tersayang.

“Dari majlis birthday, majlis merisik, bertunang, ada saja elemen surprise yang dirancang oleh saya. Setiap majlis ada saja acara kemuncaknya. Saya suka sangat buat kelainan majlis lain dari yang lain. Untuk majlis ni, Qist cadangkan Misha Omar sebagai salah seorang artis untuk menghiburkan majlis. Saya kata.. jika panggil Misha budget dah terlebih. RM30k untuk sekali panggil. Nampak muka kehampaan jelas di wajah Qist. Tetapi sebenarnya saya memang sudah ada perancangan untuk surprisekan dia.”

 

 

 

Moga perkahwinan yang dibina kekal diberkati Allah SWT hingga ke syurga. Buat Qist dan Dr Syamim, semoga tabah melayari alam rumah tangga dan dikurniakan zuriat soleh solehah kelak.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*