Dibayar 6 Juta Utk 3 Lagu, Ini Hubungan Sebenar Mariah Carey Dgn Pengiran Azim Yang Ramai Tak Tahu

 

Dikagumi sebagai seorang lelaki yang mulia dan pemurah, pemergian Allahy4rham Pengiran Muda Haji Abdul Azim amat mengejutkan dan sehingga hari ini, masih belum diketahui punca kemangk4atan baginda.

Sejak berita kemangk4tan baginda, banyak media yang mengaitkan dirinya dengan artis-artis popular di dunia termasuklah Mariah Carey. Ada khabar mengatakan baginda bersahabat baik dengan penyanyi pemenang Grammy itu.

Ini dapat dibuktikan dalam sebuah acara berprestij, di manaCarey pernah berpose dengan baginda di karpet merah Noble Gift Gala pada bulan Disember 2011 dan menghadiri pesta ulang tahun ke-30 putera pada tahun 2012.

Namun tidak dapat dipastikan bagaimana hubungan akrab baginda dan Carey. Sehingga hari ini pun, Carey tidak memuatnaik ucapan t4kziah di atas kemangkatan baginda di media sosialnya.

Ada beberapa hal yang membuatkan ramai yang berspekulasi bahawa kedua-kedua mereka bersahabat baik. Manakan tidak, pada akhir tahun 2013, penyanyi wanita terkaya di dunia itu diundang oleh baginda untuk menyanyi dengan bayaran yang tinggi.

Dipetik dari Beritasatu.com, Carey dibayar hampir AS$1.5 juta atau hampir RM6 Juta untuk menyanyi di pesta Malam Tahun Baru di London, England, yang dibuat oleh oleh anakanda Sultan Brunei itu.

Pada acara yang diadakan di hotel Dorchester bintang lima itu, Carey menyanyikan tiga buah lagu dalam persembahannya, termasuk “Always Be My Baby” dan tentu saja lagu wajib malam baru “Auld Lang Syne”.

Carey diketahui telah berkawan baik dengan baginda selama bertahun-tahun, dan mereka banyak melakukan kerja amal bersama. Dalam majlis itu, Carey membawa suami dan dua anaknya bersama pasukan khasnya.

Mereka terbang dari Amerika Syarikat (AS) dengan jet dan menginap di hotel Harlequin Suite mewah yang berharga £ 5,000 setiap malam, yang dimiliki oleh Perkhidmatan Pelaburan Brunei.

Selain itu, baginda pernah menghadiahkan barang kemas berlian kepada Carey pada September 2006, di mana itu baginda baru berusia 24 tahun. Dipetik dari DiamondWorld.net, Carey menerima hadiah itu sebelum melakukan persembahan live di New Yorks Madison Square Garden di hadapan 20,000 peminat. Sebuah jet peribadi diterbangkan khan untuk membawa hadiah tersebut.

Pengiran Azim ditemani Pamela Anderson (kiri) dan Mariah Carey (tengah). (Foto: Daily Mail)

Nampaknya baginda sangat menyayangi dengan penyanyi bersuara emas ini. Namun agak menyedihkan apabila tiada ucapan atau posting mengenai baginda di media sosial Carey.

Tidak seperti Carey, penyanyi Janet Jackson dilihat mengucapkan ucapan takziah atas pemergian sahabat baiknya itu.

Perkara itu diucapkan Janet menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya pada Ahad.

“Azim, saya sayang awak dan Insyallah tiada lagi kes3ngsaraan. Dengan nama yang Maha Esa, semoga kamu dilindungi. Amin,” ujar adik Michael Jackson itu.

Pengiran Muda Abdul Azim terkenal dalam kalangan para selebriti di Hollywood. Pemergian baginda diumumkan pihak Istana Brunei yang memaklumkan putera berusia 38 tahun itu meningg4l dunia jam 10.08 pagi Sabtu.

Sumber : murai.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*