Peminat yang setia mengikuti pelakon Bollywood, Preity Zinta pasti tahu bahawa dia sekarang menetap di Amerika Syarikat. Sudah empat tahun, Preity berada di negara tersebut.
Sempena Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat pada Sabtu, 4 Julai 2020, Preity Zinta turut merayakan bersama suami dan ibunda tercinta.
Preity Zinta dilihat berkongsi hari bermakna itu di Instagramnya dan terus menjadi perhatian netizen. Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi pujian dan semangat. Tapi ada netizen yang tak pasal-pasal melontarkan kata-kata kec4man dengan menyebut Preity lupa diri terhadap negara kelahirannya.
Menerusi gambar yang dimuatnaik, Preity Zinta menunjukkan saat bersama-sama keluarganya ketika menyambut Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat. Bintang filem Dil Hai Tumharaa dilihat memuat naik gambar selfie di belakang rumah ditemani suaminya, ibu dan anjing peliharaannya. Suaminya Gene Goodenough, berpose sambil memegang bendera Amerika.
“F1ireworks are on us #stayhome #staysafe #patiparmershwar #ma #bruno #happy4thofjuly #ting,” ujar Preity Zinta di keterangan fotonya.
Salah seorang netizen tidak senang dengan kelakuan Preity Zinta ini. Dia merasa sedih kerana Preity Zinta sebenarnya mempromosikan bendera Amerika Syarikat dan dianggap telah melupakan negaranya sendiri yang telah memberi banyak tuah kepadanya.
“Betapa mem4lukannya untuk dibesarkan di India, mendapatkan wang dari India, menjadi jutawan dari India dan sekarang mempromosikan bendera AS, memalukan bagi anda. Sekiranya saya boleh, saya akan membuang kotran anji1ng kepadanya,” kata netizen lain.
Berkaitan dengan eje3kan itu, Preity Zinta juga kelihatan enggan memberikan respons. Dia memilih untuk tidak peduli dengan komen negatif yang akan mengganggu kehidupan Preity Zinta sendiri.
Aura Wajah Comel & Lesung Pipitnya, PREITY ZINTA Tampil Memikat Di Usia 45 Tahun!
Tiap kali melihatnya pasti ramai yang tertarik dengan wajah comel dan lesung pipit yang dimiliki Preity Zinta. Dilahirkan pada 31 JanuarI 1975 di Shimla, Preity merupakan graduan Bahasa Inggeris dan pernah mengikuti pengajian Psikologi Jenyah dari St. Bede’s College, Shimla. Sebelum berkahwin pada tahun 2016, Preity menetap di Mumbai tetapi kini dia memilih untuk tinggal di Amerika Syarikat bersama suami tercinta, Gene Goodenough.
Preity merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya Deepankar merupakan anggota tentera India sementara adik lelakinya pula iaitu Manish tinggal di California. Bapa Preity, Durganand Zinta ialah bekas tentera India dan meninggl dunia akibat kemlangan jalan raya ketika dia baru berusia 13 tahun. Disebabkan kemlangan tersebut, ibunya Nilprabha hanya mampu menjadi suri rumah.
Menerusi portal Hans India, Preity Zinta cukup prihatin soal kecergasan tubuh badan dan kecantikan wajah dengan menitikberatkan pengambilan diet seharian. Tidak hanya mencatu makanan yang boleh menyebabkan berat badan bertambah, dia juga mengamalkan pengambilan air secukupnya untuk memastikan kecantikan dalam dan luaran sentiasa terpelihara.
Kira-kira enam tahun lalu Preity pernah berkongsi s@kit belakang yang dialaminya di laman Twitter akibat kekurangan Vitamin D. Ujar pelakon Veer-Zaara ini, “Saya mendapati kebanyakan masyarakat India mengalami masalah yang sama.” Enggan perkara tersebut terus berlarutan, Preity berkongsi tip yang diamalkan kepada para peminat.
* Makan dalam kuantiti yang sedikit dan mengambil sekurang-kurangnya enam ke tujuh hidangan kecil
* Minum air kosong secukupnya
* Elakkan pengambilan kanji dan karbohidrat seperti roti putih, pasta dan nasi. Sebaliknya pilih roti gandum penuh atau roti bijirin.
* Elakkan menikm@ti jus buah-buahan. Adalah lebih baik menikm@ti khasiat buah-buahan tersebut tanpa dijadikan jus.
* Praktikkan senaman ringan pada setiap pagi dengan perut yang masih kosong. Jika tidak mampu berbuat demikian, amalkan rutin senaman ringkas seperti berjalan. Misalnya dengan melakukan brisk walk.
* Nikm@ti apa saja yang anda mahu ketika ‘cheat day’. Ia membantu mengekalkan diet anda untuk minggu tersebut.
* Amalkan gaya hidup sihat, gembira dan banyakkan senyum. Tiada apa yang lebih bermakna melainkan kekal ceria dan menghargai kehidupan serta orang sekeliling.
* Makan secara perlahan dan kunyah banyak kali.
* Boleh cuma amalkan rutin tarian ringkas sekurang-kurangnya lima kali seminggu. Ia juga salah satu bentuk kardio untuk kecergasan badan
* Minum sekurang-kurangnya dua gelas air kosong sebaik bangun dari tidur dan makan sedikit pada 15 minit pertama. Ia bagus untuk sistem tubuh
Menyentuh penjagaan kulit wajah pula, aktres popular Bollywood ini mengamalkan khasiat lobak merah yang dipercayai mampu menyingkirkan toksik dalam badan, mencegah dehidrasi dan menjadikan kulit lebih bermaya. Malah, dia juga memastikan penggunaan pelembap dan penyegar wajah setiap hari selepas membersih muka.
Selain mengambil nutrisi lobak merah, Preity turut gemar menikm@ti khasiat buah betik dan sayur-sayuran hijau serta buah-buahan segar. Tambahnya lagi, tidur yang cukup
menjadi salah satu amalan yang patut dititikberatkan. Kekurangan tidur akan boleh menyebabkan berat badan seseorang bertambah dan berupaya menambah selera. Waktu
tidur yang paling disyorkan ialah di antara tujuh hingga sembilan jam sehari.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com
Sumber : Murai.my, Nona.my
Leave a Reply