“Petugas yang di hantar masih junior, tiada pengalaman..” – Individu Dedah Keadaan Sebenar Di Sabah Yg Ramai Tak Tahu

 

KOTA KINABALU: Seorang petugas kesihatan di Sabah mend4kwa kekurangan tenaga kerja masalah paling besar dihadapi hospital negeri itu dalam menangani wabak C0vid-19.

Doktor perubatan yang enggan namanya didedahkan itu mend4kwa, walaupun sejumlah jururawat dari Semenanjung dikerah ke Sabah, namun ianya masih belum dapat menyelesaikan masalah itu.

“Ya memang betul sejumlah petugas kesihatan daripada Kuala Lumpur datang ke sini minggu lalu, tetapi apabila tiba di sini mereka perlu menjalani kuar4ntin selama 1 atau 2 minggu lagi.

“Apabila habis kuar4ntin, kebanyakan mereka juga bukan boleh terus bekerja kerana yang dihantar ke sini masih ‘junior’ dan tiada pengalaman, harus diajar lagi,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau mend4kwa kekurangan kakitangan hospital, terutama jururawat, menyebabkan sebahagian kakitangan sedia ada terp4ksa bekerja lebih masa, sehingga ada dalam kalangan mereka menghadapi tekan4n ment4l.

“Ada (jururawat) yang sampai men4ngis kerana terlebih bekerja, selain tertek4n dan mungkin t4kut, kerana hari-hari kena menghadapi pes4kit dij4ngkiti Covid-19. Siapa yang tidak t4kut?

“Mereka juga terp4ksa berkorb4n dalam banyak hal, sudah pastinya korb4nkan masa dan terp4ksa berasingan daripada keluarga kerana t4kut membawa balik penyakit (C0vid-19).

“Selain itu, ada juga doktor yang menjaga ICU (unit raw4tan rapi) terp4ksa mengambil ub4t tidur kerana terlebih kerja dan tekan4n ment4l,” katanya.

Tak seperti digambarkan

Sementara itu, beliau bersetuju dengan kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Subramaniam Muniandy, yang mengatakan keadaan kemudahan perub4tan, terutama jumlah katil di ICU, tidak seperti yang digambarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, pada sidang media hariannya.

“Ya memang betul (kenyataan Subramaniam), KP (ketua pengarah) cakap katil di ICU cukup, baru 70% digunakan tetapi mereka sebenarnya turut mengira katil-katil wad ICU di daerah-daerah lain.

“Sekiranya keadaan pes4akit kr1tikal, mereka akan dihantar ke sini (Hospital Queen Elizabeth) juga jadi di sana (daerah lain) mana ada penuh. Ada rakan setugas saya di Keningau, Tawau, dan Sandakan mengatakan wad ICU penuh.

“Bagi saya apa yang dinyatakan oleh KP terlalu meluas dan tidak seperti gambaran sebenar di sini. Saya harap dia boleh datang untuk melihat sendiri keadaan di sini,” katanya.

Beliau berkata, walaupun keadaan yang dihadapi amat mencabar, mereka tetap melakukan segala yang terdaya bagi menangani pes4kit C0vid-19.

“Kami ‘berjuang’ sehingga tahap maksimum, itu belum mengambil kira kes-kes yang bukan berkaitan Covid-19 seperti peny4kit k4nser.

“Di seluruh Sabah, kini hanya tinggal Hospital Queen Elizabeth II (QEH II) yang menjalankan operasi meraw4t k4nser. Hanya di sana juga pembed4han elektif dilakukan selepas semua hospital dijadikan pusat raw4tan C0vid-19.

Jururawat ICU Hospital Queen Elizabeth II Positif COVID-19, 40 Jururawat di Kuarantin

“Ini pun menjadi masalah juga kerana QEH II juga kekurangan tenaga kerja. Kebanyakan jururawat dihantar untuk tangani C0vid-19, peralatan-peralatan perubatan juga tidak diberi keutamaan di QEH II kerana kebanyakannya dihantar ke hospital yang menjadi pusat raw4tan C0vid-19,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga harus beri perhatian kepada QEH II kerana ia satu-satunya hospital bukan C0vid-19.

“Semua pembed4han elektif daripada kepala hingga ke kaki dilakukan di sana,” dan menambah kalau kerajaan tidak jaga QEH II, beliau bimbang ianya akan terjejas teruk.

“Jadi pes4kit kanser mahu ke mana?” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta yang banyak membantu pihak hospital memerangi C0vid-19 di Sabah.

“Sebenarnya, banyak mesin-mesin perubatan, respirator pembersih udara berkuasa (PAPR), dan peralatan pelindungan diri (PPE) disumbangkan NGO.

“Kalau kita tunggu daripada pusat, saya tidak tahu berapa ramai yang terkorb4n pun masih belum sampai (kemudahan perubatan),” katanya.

sumber : FMT via trending network

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*