“Sabar Zan” Neelofa Dirisik PU Riz, Sekali Komen Zizan Jadi Buah Mulut Netizen

 

Kuala Lumpur: Penyebaran berita pelakon dan pengacara Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, PU Riz masih belum menemui jawapan apabila kedua-dua belah pihak mengambil langkah mengunci mulut.

Sejak berita itu tersebar semalam, ramai pihak termasuk media masih menantikan maklum balas daripada mereka mengenai hubungan yang penuh rahsia itu.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan reaksi Neelofa sebaik berita terbabit tular di laman sosial menemui jalan buntu apabila tiada jawapan dapat diberikan.

Malah pihak pengurusannya juga memaklumkan tiada kenyataan daripada pihak pengacara terkenal itu, sebaliknya rujuk kepada kenyataan ibunya, Datin Noor Kartini di Instagram.

“Salam. Tiada kenyataan dari pihak Neelofa. Boleh rujuk kapsyen posting Mama Lofa sahaja,” katanya.

Semalam, pasangan itu dikatakan mengadakan satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.

Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai warganet membuat perkongsian gambar Neelofa dan PU Riz berpakaian warna sedondon termasuk ucapan tahniah buat pasangan sejoli berkenaan.

Menerusi perkongsian ditulis ibu Neelofa di Instagramnya umpama menjelaskan situasi sebenar mengenai ikatan hubungan anaknya itu dengan PU Riz.

“Bismillahirrohmannirohim, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, syukur pada mu Ya Rabb, saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.

“Aku yakin dengan ketentuanmu yang mana insan ini dapat membahagiakanya, menyerikan dan yang akan melengkapi hidupnya, yang akan menyokongnya setiap apa utusannya.

“Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu di syurga mu nanti, amin,” tulisnya.

Bagaimanapun, pasangan Neelofa dan PU Riz dijangkakan bakal bernikah pada hujung Mac depan.

 

 

KOMEN ZIZAN

uala Lumpur:  “Video ini buatkan saya menangis, masya-Allah,” kata pelakon dan pengacara Neelofa mengenai video istimewa yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminatnya, lofa.page.

Video berdurasi 4.14 minit itu mengandungi klip dan gambar lama Neelofa bersama PU Riz yang disunting beberapa bulan sebelum pengacara itu berniqab.

Video istimewa yang dibuat khas oleh seorang daripada peminat Neelofa nyata menarik perhatian ramai apabila video yang dimuat naik di IGTV itu sudah ditonton lebih 487,000 ribu dan meraih 460 komen.

Menerusi video itu dapat disaksikan serba sedikit perjalanan dan aksi spontan Neelofa dan PU Riz di awal perkenalan mereka sehinggalah hubungan mereka mula menjadi rapat tanpa sengaja.

Semalam Harian Metro melaporkan Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, PU Riz atau nama sebenarnya Hariz Ismail dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.

Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai warganet membuat perkongsian gambar Neelofa dan PU Riz berpakaian warna sedondon termasuk ucapan tahniah buat pasangan sejoli berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*