Baru Je Dirisik Pu Rizz, Sekali Neelofa Kongsi Doa Yang Sering Dia Amal, Buat Ramai Mengalirkan Air Mata

 

Kuala Lumpur: Sejak tular berita pengacara popular Neelofa dikatakan sudah dirisik pelakon dan pendakwah PU Riz, Ahad lalu, ramai pihak menyambut baik dengan perkhabaran itu.

Terbaharu, akaun Instagram rasmi saluran televisyen Naura, @naurashares berkongsi semula perkongsian doa yang sering membuat bekas pengacara MeleTOP itu mengalirkan air mata.

 

Tanpa sedar doa yang dikongsikan kepada pengikut Naura tahun lalu itu seakan-akan dimakbulkan Allah dan dikongsikan semula di media sosial Naurashares.

Neelofa berkata, dia sentiasa berdoa supaya dikurniakan pasangan yang bukan hanya boleh membahagiakannya, tetapi seluruh umat Islam.

“Ya Allah, berikan saya pasangan yang bukan saja boleh membahagiakan saya, tapi juga keluarga, rakan-rakan, peminat dan seluruh umat Islan. Saya sentiasa berdoa apabila saya bersama dengan pasangan itu, semua orang akan rasa bahagia,” katanya.

 

Menerusi rakaman suara berdurasi 57 saat itu, Neelofa dilihat gagal menahan seb4k dan sukar mengungkapkan doa yang sentiasa dipohon daripada Allah SWT.

Perkongsian Naura di Instagram sejak semalam itu menerima maklum balas positif daripada peminat yang tidak menyangka Neelofa menemui seseorang yang diimpikan selama ini.

Malah, rata-rata komen yang ditinggalkan meluahkan rasa syukur apabila pengacara itu hampir menemui pilihan hati yang terbaik untuk dirinya.

Sementara itu, Neelofa menerusi Instagram Story mengakui sukar untuk mendengar rakaman video itu kerana akan mengalirkan air mata semula.

 

“Saya tak mampu untuk menonton video di Naura Shares. Mesti rasa nak menangis  semula,” tulisnya.

Terdahulu, Neelofa dikatakan sudah dirisik pelakon dan pendakwah, PU Riz atau nama sebenarnya Hariz Ismail dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu Ahad lalu.

Menerusi rakaman suara berdurasi 57 saat itu, Neelofa dilihat gagal menahan seb4k dan sukar mengungkapkan doa yang sentiasa dipohon daripada Allah SWT.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: H

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*