PERKONGSIAN usahawan Joy Revfa berkaitan pandangannya terhadap sikap sebilangan kecil golongan pendakwah menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Namun Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin menerusi status yang sama meluahkan rasa kagum apabila ramai wanita yang semakin terbuka dan berebut-rebut mahu berkahwin dengan golongan itu.
“Baguslah ramai yang terbuka hati nak kahwin dengan pendakwah, jadi trending pula apabila orang berebut-rebut nak jadikan calon suami. Tapi bagi Joy… serik kot. (Sesetengah) Nampak je alim tapi halimunan,” tulisnya.
Joy bersama anak lelakinya, Arryan Firdaus.
Joy yang dihubungi mStar berkata perkongsian itu tidak ditujukan atau dirujuk kepada mana-mana pihak.
Menurut Joy, dia hanya menyuarakan pendapat mengenai kewujudan segelintir pendakwah yang berperangai buruk.
Usahawan kosmetik ini menjelaskan apa perkatakannya juga adalah perkongsian tentang pengalamannya berdepan dengan beberapa lelaki seperti itu.
“Saya sekadar berkongsi status ringkas yang saya sudah serik mengenali lelaki penunggang agama.
Masih ada yang memang ikhlas menyampaikan dakwah seperti tokoh-tokoh hebat yang saya sanjungi.
JOY REVFA
USAHAWAN KOSMETIK
“Namun status saya itu tak ada kena mengena dengan bekas sesiapa. Saya tujukan kepada pendakwah yang ada sifat tidak baik.
“Wanita yang pernah menjadi mangsa saja memahami apa maksud kenyataan saya itu. Yang tak faham itu mungkin tak pernah terjadi kepada mereka,” kata Joy berkongsi pengalaman kepada mStar.
Dalam pada itu, Joy berkata, dia tidak menuduh semua pendakwah berperangai buruk, malah dia menghormati sikap beberapa pendakwah terkenal dan disegani ramai.
Joy hanya sekadar berkongsi pendapatnya.
“Saya tiada niat nak pukul rata sebab masih ada yang memang ikhlas menyampaikan dakwah.
“Seperti tokoh-tokoh hebat yang saya sanjungi antaranya ustaz Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, ustaz Ebit Lew, PU Azman, PU Riz dan ustaz Syed Abdul Khadir,” ujarnya yang dua kali gagal dalam perkahwinan.
Joy pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 namun bercer4i pada 25 Oktober tahun yang sama.
Sebelum itu, Joy pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak bernama Arryan Firdaus yang kini berusia enam tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com
Sumber: mstar
Leave a Reply