Aktres bollywood jelita, Priyanka Chopra, menjadi antara bintang ‘wajib’ menghiasi acara red carpet di seluruh dunia. Malah setiap kali acara red carpet berlangsung, Priyanka pasti menjadi perhatian kerana penampilannya yang menakjubkan.
Baik di Amerika Syarikat mahupun di India, fesyen yang digayakan oleh Priyanka di acara red carpet pastikan menjadi tumpuan media. Namun siapa sangka, tak semua pakaian yang dikenakan isteri Nick Jonas ini membuatkan dia selesa.
Baru-baru ini, dalam wawancara terbaru dengan People, Priyanka ditanya mengenai penampilan di red carpet yang paling tidak selesa. Mengimbau kembali masa lalu, Priyankan mendedahkan bahawa pakaian semasa dia bertanding dalam Miss India adalah salah satu yang paling tidak selesa kerana ia ‘ditempel’ pada kulitnya.
Dia berkata,
“Pada tahun 2000, saya memenangi Miss World dan pakaian saya seperti pita pelekat ditempelkan kepada saya. Pada waktu saya diumumkan menjadi pemenang, saya sangat tertekan kerana keseluruhan pita pelekat terkeluar. Semasa saya berjalan, saya meletakkan tangan saya seperti ini ( ‘namaste’). Orang menyangka ia adalah namaste tetapi sebenarnya sedang berusaha menahan pakaian saya dari terlucut”- katanya.
Namun, pakaian terbarunya yang sangat menyukarkann untuk makan dan duduk adalah ketika dia hadir untuk Met Gala 2018. Pelakon itu ketika itu memakai gaun baldu merah dengan tudung emas sekaligus menjadi tumpuan media di peringkat antarabangsa.
Bercakap mengenai pakaian itu, Priyanka berkata,
“Pakaian itu oleh Ralph Lauren yang berwarna merah dengan tudung emas. Tetapi korset yang berada di bawah itu, saya tidak dapat bernafas. Saya merasa seperti tulang rusuk saya telah dibentuk semula. Jadi sukar duduk semasa makan malam dan jelas saya tidak dapat makan terlalu banyak pada malam itu. ”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook SATKOBAVIRAL.COM
Sumber : murai.my
Leave a Reply