Budak nak beli beras 5kg tapi tak jadi, cashier terp4ksa pulangkan ‘seringgit-seringgit, syiling’… nasib ada yang peduli – “Sesungguhnya ‘sus4h is real’ itu realiti”

RAMAI yang terkesan dengan p4ndem1k C0v1d-19, ada yang kehilangan pekerjaan, termasuk yang mengalami kesulitan dalam hidup.

Antara kita turut diuji dengan kesusahan tapi pada masa sama, sebenarnya ramai lagi yang lebih susah daripada kita.

Sama ada ketua keluarga, mereka yang bekerja, kesusahan itu dapat kita lihat juga dalam diri kanak-kanak mahupun pelajar sekolah.

Begitulah pengalaman yang disaksikan oleh seorang guru yang membuat perkongsian di laman sosial sehingga menjadi tular.

Guru berkenaan berkata, kisah tersebut dilaluinya ketika berkunjung ke sebuah kedai runcit.

“Masa saya nak bayar barang kat kedai runcit, depan saya ada sorang budak tengah nak bayar barang. Budak tu nak beli beras 5 kilogram.

“Tapi itulah masa nak bayar, budak tu tak cukup duit pula. Last-last budak tu tak jadi beli sebab tak cukup duit,” tulisnya menerusi halaman Facebook Muhammad Yusof.

 

Ketika p4ndem1k C0v1d-19, ramai yang mengalami kesusahan untuk mencari sesuap nasi.

Sayu hati melihat juruwang terpaksa memulangkan semula sejumlah wang yang diberikan oleh kanak-kanak itu.

Malah, Muhammad Yusof menyaksikan sendiri budak tersebut mengira wang yang dikembalikan kepadanya.

“Masa cashier nak pulang duit budak tu saya perasan dia bayar guna duit seringgit-seringgit dan duit syiling,” tambahnya.

Time-time sekarang ni, bersyukurlah kalau kita masih boleh makan kat restoran sedap-sedap, sebab ada orang yang nak makan nasi pun bercatu sekarang ni

MUHAMMAD YUSOF

Tidak mahu terus melihat kanak-kanak itu mengira duit kecilnya, guru tersebut lantas bersuara di kaunter.

“Saya terus kata kat cashier, tak apa saya bayarkan beras budak tu.

“Lepas tu saya hulur RM10 kat budak tu, saya kata buat duit dia pergi sekolah. Budak tu ucap terima kasih bang. Lepas tu dia hilang,” katanya.

 

Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

Sehubungan itu, Muhammad Yusof memberitahu, mereka yang masih menikmati kesenangan hidup ketika pandemik Covid-19 seharusnya bersyukur dengan kurniaan daripadaNya.

Time-time sekarang ni, bersyukurlah kalau kita masih boleh makan kat restoran sedap-sedap, sebab ada orang yang nak makan nasi pun bercatu sekarang ni.

“Sejak dua, tiga bulan kebelakangan ni, macam-macam situasi yang menginsafkan berlaku depan mata saya. Sesungguhnya, ‘susah is real‘ itu realiti,” katanya.

Sumber:  via Mstar

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*