Permaisuri Till Jannah. Apa yang suami ini lakukan terhadap isterinya buat org disitu tergamam.

 

Kepada pasangan suami isteri sudah semestinya hidup bersama sehingga bila bila adalah salah satu relationship gol. Tetapi kita tidak boleh ramal apa akan terjadi, siapa akan pergi dulu pada saat akhir.

Kadang kadang kita selalu tengok kebahagiaan pada pasangan suami isteri yang muda terutama zaman sekarang, dengan travel sana sini, belikan hadiah lumayan untuk suami ataupun untuk isteri. Jarang kita dengan atau lihat kisah cinta untuk pasangan suami isteri yang sudah berumur.

Sebelum kita ke kisah tersebut yang tersedia di bawah artikel, mari baca apa maknanya TILL JANNAH

Tagline “Till Jannah” seringkali diguna pakai dalam masyarakat hari ini untuk ditujukan kepada mana-mana pasangan terutama sekali sewaktu meraikan pasangan pengantin baharu.

Tagline ini ‘short and sweet’ namun doa dan makna disebalik tagline ini sebenarnya begitu mendalam ertinya.

Meskipun tagline ini sering diungkapkan, namun tahukah anda apa sebenarnya maksud tersembunyi di sebalik tagline ini?

Dua patah perkataan ini sebenarnya sangat bersangkut paut dengan ayat daripada surah Surah At-Thur ayat 21 yang bermaksud, “Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka di dalam syurga..”

Dunia dan akhirat merupakan dua buah alam yang berbeza. Sekiranya dua orang insan berpisah di dunia, kebarangkalian untuk bertemu lagi pada masa hadapan itu sentiasa ada.

Tetapi sekiranya dua orang insan berpisah nyawa, kebarangkalian untuk bertemu lagi suatu ketika nanti itu tinggal tanda tanya. Ramai yang menyangka perpisahan di dunia cumalah sementara manakala perpisahan nyawa pula adalah selamanya.

Sebenarnya perpisahan nyawa juga sama seperti perpisahan di dunia. Cuma bezanya, ia ada dua kemungkinan. Boleh jadi perpisahan nyawa itu sementara dan boleh jadi perpisahan itu kekal.

Kita rujuk semula ayat dalam Surah At-Thur di atas.

Allah mulakan ayat tersebut dengan menyebut secara jelas frasa ‘Orang-orang beriman’ dan disambung pula dengan

‘Anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan’ diikuti pula dengan ‘Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka di dalam syurga.’
Bererti, persoalan sama ada perpisahan nyawa itu bersifat sementara atau kekal sebenarnya sudah ada jawapannya. Keimanan itulah yang menentukan sama ada perpisahan nyawa itu cumalah sementara atau kekal selamanya. Perpisahan nyawa itu menjadi kekal apabila ada yang ke syurga, dan ada pula yang ke neraka dan tidak akan bertemu lagi.

Kerana itu untuk merealisasikan tagline “Till Jannah” ini sebenarnya menuntut komitmen yang sangat besar daripada kita. Usaha untuk membentuk keimanan yang teguh kepada Allah taala bukanlah mudah dan ianya memerlukan komitmen terhadap proses pembinaannya dan memerlukan disiplin yang berterusan.

TERSENTUH HATI NETIZEN MELIHAT KISAH CINTA MEREKA

Aada Bazly telah memuatnaik satu rakaman video yang betul betul sweet, kena pula dengan lagu background yang syahdu memang kena dengan video tersebut.

Video tersebut mendapat hampir 14 ribu perkongsian sejak dimuatnaik semalam. Ia menunjukkan bagaimana pasangan suami isteri yang ketika itu kami rasa di sebuah restoren.

Apa yang menariknya adalah apa yang terjadi sebelum mereka berangkat pulang. Video ini mendapat banyak reaksi positif dan ramai yang terkesan dengan video tersebut.

Jom kita tengok ..

Sweetkan, kita taktahu kisah pahit manis pasangan ini tetapi apa yang boleh kita buat adalah mendoakan agar mereka bahagia till Jannah. Terima kasih kepada suami itu kerana menjaga isteri dia seperti seorang permaisuri.

Video Player

sumber : imuslimnetwork

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*