SELAIN intipati Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat lalu menjadi bualan, penampilan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut mencvri perhatian warganet.
Tajam betul pandangan mereka sehinggakan dari atas hingga ke bawah diperhatikan.
Selain jam tangan model G-Shock GA-2000s yang digayakan Tengku Zafrul tular di media sosial, ternyata baju melayu cekak musang rona ‘powder blue’ dan samping serta songkok beliau turut meraih pujian.
Katanya ketika ditemu bual di stesen TV malam tadi, beliau tidak menyangka busana baju Melayu yang digayakan menjadi perhatian.
Menurutnya, pakaian tersebut dipakai ke Dewan Rakyat untuk hari yang bersejarah iaitu pembentangan pertama beliau sebagai Menteri Kewangan.
“Saya tak sangka mereka akan fokus pada pakaian saya. Seperti saya sebut dalam ucapan Belanjawan 2021, samping saya itu dari Penjara Penor (Kuantan, Pahang).
“Banduan yang mengusahakan samping tersebut (jadi) saya nak sokong perusahaan itu,” katanya.
Pada masa sama, Senator Dewan Negara itu memberitahu, songkok yang dipakai pula adalah hasil kreativiti seorang penerima bantuan Geran Khas Prihatin.
“Songkok daripada seorang penerima Geran Khas Prihatin yang berasal dari Terengganu, jadi saya nak bantu mereka.
“(Bahkan) beg warga kelabu itu adalah beg kitar semula yang diperbuat daripada tali pinggang keselamatan, menunjukan kelestarian barangan tempatan,” katanya.
Selain itu, Tengku Zafrul turut dikatakan memecah tradisi apabila membawa beg kelabu berbanding beg bimbit hitam yang biasa dibawa menteri kewangan sebelum ini.
Namun, ada yang turut mengatakan misteri beg kelabu terbongkar apabila Tengku Zafrul sebenarnya hanya membawa tablet berbanding teks.
Sumber : Sinarplus
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com
Leave a Reply