PM Tan Sri Muhyiddin Yassin Teman Lelaki Ini Lakukan Swab Test Mencvri Perhatian Ramai

 

PUTRAJAYA – Sekeping gambar menunjukkan aksi seorang lelaki melakukan ujian calitan (swab test) sambil disaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencuri perhatian netizen.

Gambar yang dikongsi menerusi Facebook rasmi Perdana Menteri itu menerima pelbagai reaksi netizen dan mereka menyifatkan lelaki itu cukup bertuah.

Apa tidaknya, Perdana Menteri dan beberapa kenamaan lain menyaksikan sendiri lelaki itu mengambil ujian calitan.

Gambar itu diambil ketika lawatan Muhyiddin hari ini ke Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor yang kini berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Difahamkan, Perdana Menteri turut menenangkan lelaki berkenaan memandangkan ia pengalaman pertamanya mengambil ujian pengesanan C0v1d-19 itu.

 

Ayie Lashira menerusi komennya berkata, lelaki itu cukup bertuah kerana tidak semua akan dapat peluang itu.

“Beruntung kau, kena swab test, Perdana Menteri tengok depan-depan, tak semua orang dapat situasi kau.

“Perdana Menteri siap teman dan yang tukang swab test mesti bergegar lutut,” katanya.

Sementara itu, Ash Mars berkata; “Lain dari yang lain, Perdana Menteri sendiri yang tengok (swab test).

Selain itu, Noor Laila Firlaa Othman pula berkata; “Kenangan terindah inim nanti simpan gambar ni abang, bukan senang Perdana Menteri dan orang kenamaan nak tunggu anda ambil swab test.

Hari ini, Muhyiddin turun padang bagi menyaksikan sendiri pelaksanan arahan PKPD di

Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi susulan peningkatan kes positif C0v1d-19 di kawasan itu.

PKPD di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi berkuat kuasa tengah malam selepas 40 kes positif C0v1d-19 membabitkan Kluster Bah Medan dari Sabah dilaporkan setakat ini di kawasan tersebut.

Kredit:K! ONLINE via Trndgsgt

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*