PUTRAJAYA – Seramai 210,000 penerima diluluskan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dengan anggaran peruntukan sebanyak 231 jvta.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pembayaran kepada bayaran yang diluluskan akan dikreditkan terus ke akaun bank berdaftar mulai 23 November depan.
“Pembayaran ini akan memanfaatkan 192,000 isi rumah dan 18,000 penerima bujang berusia antara 40 hingga 59 tahun,” katanya di sini hari ini.
Kementerian Kewangan berkata, lebih 250,000 permohonan rayuan telah diterima dan setiap daripadanya diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan data terkini agensi-agensi berkaitan bagi menentukan kelayakan.
“Permohonan rayuan BSH 2020 ini telah dibuka antara 7 Ogos sehingga 6 September lalu bagi memastikan bantvan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.
“Pemohon yang ditolak permohonannya sebelum ini telah dapat mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM,” katanya.
Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, pembayaran BSH 2020 sebanyak 231 jvta kepada pemohon rayuan yang lulus menjadikan keseluruhan pembayaran BSH tahun ini sebanyak 5 bili0n.
Ini melibatkan 4.5 jvta penerima merangkumi 3.95 jvta isi rumah dan 550,000 penerima bujang berusia 40 hingg 59 tahun.
“Kerajaan sentiasa peka dan membantu dalam menjamln kelangsungan hidup rakyat.
“Insya-Allah, bantvan kerajaan akan sentiasa diperhalusl dan pelaksanaan usaha ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa,” katanya.
Semakan status kelulusan permohonan rayuan boleh dibuat di p0rtal BSH.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com
Sumber: kosmmo via Rentasasia
Leave a Reply