Pada zaman moden masa kini, umat Islam tidak lagi bergantung kepada cara lama dalam menentukan waktu azan di sesuatu kawasan. Kita menggunakan aplikasi di telefon untuk mengingatkan kita masuknya waktu azan.
Malah aplikasi ini juga bukan saja memberitahu kita tentang waktu azan tapi kita boleh juga membaca Al-Quran di dalamnya dan adakalanya ia juga memberitahu tentang hadis serta perkara-perkara asas mengenai agama Islam.
Pun begitu, tidak kita sangka aplikasi yang terkenal di kalangan umat Islam ini telah mengkhi4nati penggunanya dengan menjual data pengguna kepada ket3nteraan Amerika Syarikat (AS).
Muslim Pro, aplikasi yang telah dimuat turun hampir 98 juta umat Islam seluruh dunia dikatakan telah menjual data lokasi pengguna kepada ketenteraan US untuk sebab-sebab yang tidak diketahui, lapor Vice.
Menurut laporan itu, salah satu pembeli data tersebut ialah dari bahagian Komando Operasi Khas AS atau US Special Operations Command (USSOCOM) yang berkait rapat dengan isu seperti 4nti-keg4nasan, 4nti-pember0ntakan dan pelbagai aktiviti r4hsia di seluruh dunia.
Ketenteraan AS juga dilaporkan mendapatkan data lokasi pengguna dengan dua cara. Cara yang pertama ialah menggunakan alat pengesan bernama Locate X.
Cara yang kedua pula menggunakan syarikat bernama X-Mode. Syarikat ini akan peroleh data lokasi live daripada aplikasi kemudian menjual data tersebut kepada ‘pihak ketiga’ termasuk kontraktor kerajaan.
Menerusi laporan Vice, aplikasi Muslim Pro lah yang paling banyak mengirim data penggunanya kepada X-Mode. Sebagai imbalan, X-Mode akan membayar mereka berdasarkan jumlah pengguna yang dimiliki. Contohnya, kalau ada 50,000 pengguna aktif harian di AS mereka akan hasilkan USD 1,500 sebulan!
Muslim Pro ni bukannya calang-calang aplikasi dan ia dikatakan antara aplikasi paling popular di kalangan umat Islam seluruh dunia. Selain tunjuk jadual waktu solat, ia juga digunakan untuk tunjuk arah kiblat dan lain-lain.
Sehingga kini, Muslim Pro tidak memberi sebarang kenyataan lagi berkenaan laporan tersebut. Selain Muslim Pro, menurut Vice, aplikasi jodoh seperti Muslim Mingle juga menjual data kepada X-Mode.
Aduhai… lepas ni tak payahlah pakai apps nak tengok waktu azan. Ambil je jadual waktu azan kat masjid. Lagi senang.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw
Sumber: Lobakmerah
SCOOP: The U.S. Military is buying user location data harvested from a Muslim prayer app that has been downloaded by 98 million people around the world, is using this type of data for "counterterrorism"https://t.co/Qxpi7DxAOl
— Jason Koebler (@jason_koebler) November 16, 2020
Leave a Reply