“Siapa ckp lelaki club tak boleh buat suami?” – [VIDEO] Dulu Kenal Suami di Club, Sekarang Imamkan Solat

 

Hidayah itu milik Allah dan Dia akan datangkan dengan pelbagai cara dalam hidup setiap hambaNya. Walau hitam sekalipun kisah silam seseorang, jika hidayah datang mereka mampu berubah sekelip mata.

Kisah sebegini sering menjadi inspirasi buat kita semua. Seperti video yang dikongsi Zuliani Asylia di TikTok baru-baru ini. Video tersebut telah meraih perhatian ramai netizen dan sehingga kini telah mendapat lebih 152,000 tontonan.

Melalui video itu, Zuliani berkongsi tentang kisah silam suaminya dan detik perkenalan mereka berdua sebelum akhirnya diijabkabulkan. Dalam video yang memaparkan suaminya sedang menunaikan solat, Zuliani berkata mereka berdua berjumpa buat kali pertama di kelab malam. Namun, suaminya itu kini sudah berubah dan menjadi imam dalam hidupnya.

Masa mula-mula kenal dia, kami kenal dekat kelab. Orang kata lelaki kelab ni tak boleh buat suami. Sebab dorang ni playboy, hanya nak buat main-main je. Tapi, alhamdulillah saya buktikan. Dia tak macam korang fikirkan. Dialah iman dan syurga saya.”

@zuliani_asyliaSape ckp lelaki club xblh bt suami?dia silap besar😊..Nie la Iman n syurga sy nnti💖##foryoupage ##tiktok ##fyp ##imanmuda##syurga##wife##husband##teamkl#♬ เสียงต้นฉบับ – torrick28

 

Selepas berkahwin hidup mereka berdua semakin bahagia dan sedang memperbaiki diri ke arah lebih baik. Perkongsian Zuliani di TikTok itu menyentuh hati netizen dan ramai beri komen yang baik-baik dan positif buat dia dan suami.

Rata-ratanya berkata mereka kagum dan memuji suami Zuliani serta turut mendoakan agar suaminya kekal istiqamah dalam memperbaiki diri. Ada juga yang turut kongsikan cerita yang sama tentang suami dan kini sudah berubah.

“Like me and my husband. Alhamdulillah. Dialah pembimbing saya dan anak-anak. Ajar anak solat, mengaji semua.”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: LM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*