Isu Doktor Hamvn Pesakit; Hospital Mohon Maaf, Tubuh Jawatankuasa Penyiasat

 

Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB), Dr. Mohtar [email protected] Ahmad tampil memohon maaf berhubung tindakan salah seorang pegawai perubatan yang menghambur kata-kata makian terhadap pesakit yang datang ke hospital pada waktu malam.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis, pihak hospital memandang serius isu berkenaan dan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara terbabit.

“Merujuk kepada isu yang sedang tular di media sosial, pihak pengurusan HSAJB memandang serius perlakuan pegawai perubatan yang terlibat.

“Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di peringkat hospital bagi menyiasat dengan lebih terperinci isu tersebut. Sekiranya didapati benar, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap pegawai perubatan yang terlibat.

“Bagi pihak HSAJB memohon maaf di atas pernyataan yang telah dikeluarkan oleh pegawai perubatan berkenaan sehingga menyinggung perasaan masyarakat,” maklum kenyataan terbabit.

Sebelum ini tular kenyataan seorang pegawai perubatan yang memaki pesakit kanser yang datang ke hospital pada waktu malam dengan menyamakan pesakit itu dengan haiwan.

Tindakan itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan menganggap ia tidak wajar untuk melepaskan geram di media sosial.

Selepas tular, akaun Twitter milik pegawai perubatan itu telah dinyahaktifkan.

Sumber via Gempak

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*