Dapat Pakwe Bukan Org Senang Tapi Gadis Ni Tetap Nak 30 Ribu Utk Duit Haaantaran

 

Assalammualaikum. Aku Razlan. Umur 38 tahun dan berkahwin. Isteri aku Nur. Aku nak kongsi kisah berkenaan duit hantaran rendah yang menjadi isu. Hantaran Nur RM30k. Tak termasuk RM10k untuk barang kemas. RM3k mas kahwin dan RM5k untuk barang barang hantaran seperti jam dan handbag.

Aku kenal Nur sejak kami berumur 16 tahun. Nur sangat cantik. Anak kacukan. Tingginya 180cm, berhidung mancung, bermata hazel. Persis model. Nur anak orang kaya, dia manja, keanak anakan, seorang yang outspoken, kelakar dan tak fake. Dia bijak dan boleh menjadikan jalan cerita menjadi menarik walaupun topik tentang secawan kopi. Antara sebab kenapa aku jatuh cinta.

Kami bercinta 14 tahun. Lama kan, sebab Nur cakap lelaki yang nak halalkan dia mesti usaha untuknya. Nur mahukan bakal suaminya seorang yang rajin dan sabar dengan karenahnya. Setia dan sanggup membayar hantaran dan hadiah hadiah yang tersebut. Nur beri tempoh sehingga umurnya 30 tahun.

Jadi apabila aku mula bekerja pada umur 21 tahun sebagai kakitangan kerajaan gred 19 aku mula menyimpan. Gaji aku rendah. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa susahnya aku mengumpul duit. Aku berasal dari keluarga yang susah. Aku anak yatim ayah tiada dari umur 10 tahun. Ada abang dan kakak yang ramai. Abang dan kakak aku mempertikaikan hantaran Nur. Kami ni ibarat enggang dengan pipit tapi aku usahakan juga sebab cintanya aku pada dia.

Aku pernah juga minta diskaun tapi Nur menolak. Katanya dia letak hantaran berdasarkan nilai dirinya. Dia tahu dia cantik dari keluarga berada. Ada perniagaan sendiri dan mempunyai master degree. Oh ye.. hantaran Nur ni ditetapkan sendiri oleh Nur. Tiada campur tangan dari ibubapanya.

Aku bekerja siang malam nak mencukupkan duit hantaran. Siang dengan kerja hakiki, malam pula aku jual burger. Hujung minggu aku buat kerja kerja seperti baiki paip, pasang lampu dan sebagainya. Aku pegang janji Nur nak tunggu aku mencukupkan duit hantaran. Dalam masa yang sama aku dapat tahu ramai yang meminang Nur. Ada yang punya stesen minyak, ada yang nak letak hantaran RM60k.

Kecil betul aku di kalangan mereka mereka ni. Aku kerja kuat kuat. Aku padam keinginan aku nak pakai kereta, nak pakai baju yang mahal mahal. Nur akhirnya menjadi isteri aku pada umur 30 tahun. Kami dikurnikan 3 anak yang sihat. Cantik macam Nur, hensem macam aku.

Memiliki Nur sangat mencabar. Aku bekerja non stop. Aku hargai dan menyayanginya sepenuh hati. Nur sangat manja disebabkan anak kesayangan ayahnya jadi dia sangat degil, mulutnya sangat deras. Jika bertengkar, kata katanya sangat jiwa aku. Sebab tu Nur cari pasangan yang sabar.

Namun, selepas beberapa tahun berkahwin Nur berubah menjadi lembut. Ada juga dia membebel tapi aku diam aje. Hadiah coklat pasti buat dia tersenyum. Nur pandai sesuaikan diri dengan keluarga aku. Semua ahli keluarga aku sayang padanya. Oh ye.. duit hantaran tu Nur bantu aku buat modal mula perniagaan aku sendiri.

Barang kemas masuk ArRahnu sebagai tambahan modal. Bertahun tahun bekerja pelbagai mencari duit hantaran menyebabkan aku terbiasa. Perniagaan aku secara part time membuahkan hasil. Aku bercadang nak berhenti kerja. Sekarang aku sedang menyiapkan rumah berharga RM500k untuk Nur complete dengan pool. Sebagai hadiah kepercayaan dan kesetiaan Nur pada aku. Doakan kasih sayang kami berkekalan hingga akhirat.

Pesanan aku kepada bakal bakal pengantin perempuan terutamanya. Nilai diri setinggi langit. Jika diri sendiri tak letak nilai selayaknya bagaimana orang lain nak menilai kamu. Jangan bantu pihak lelaki mencukupkan hantaran. Biar dia cari dengan kudrat sendiri supaya dia lebih menghargai kamu.

Kepada pihak lelaki pula, berusaha untuk mencukupkan duit hantaran. Anggaplah sebagai hadiah kerana si isteri akan take toll hampir semua hal hal rumahtangga, mengandung, bersalin dan sebagainya. Selagi boleh diusahakan. Jika tak mampu bermaksud belum layak lagi berkahwin. Usaha dahulu pasti berhasil.

Reaksi warganet

Norain Kamarudin – Ni la baru betul tujuan hantaran tu, untuk diguna lepas kawin bersama sama. Bukan nak support kenduri belah pompuan pastu duit kaut mak dan pak tutup rapat pintu simpan bawah bantal, anak menantu terkontang kanting settle Hal kenduri.

Satu hal lagi, ada pompuan nak letak hantaran tinggi tapi tak tengok cermin, yang laki nak hantaran rendah or kalo boleh kawin free tapi nak bini serba serbi cap A macam Nur. Benda mudah tapi mentality yang jadikannya susah.

Marni Ainin Syahirah – Nie betui aku cakap. Duit hantaran tu diletak bukan untuk dirunding, ianya diletakkan untuk tengok effort lelaki tersebut. Whoever lah perempuan tu. Even dia ada SPM , diploma, degree, master degree, hodoh, cantik, pandai masak, tak pandai masak.

Korang kena ingat sebagai parents ada hak itu letak harga tu, misal korang de anak perempuan it will the same. TOLONG JGN CKP X KAN BUAT. MR.F korang tak de lagi masa tu. Aku penat tengok drama hantaran nie. Sebagai anak kena respect parents pasal benda nie. Sory out of topic. Cuma aku nak tegas kat sini. Semua benda boleh settle if korang ada rasa tanggungjawab tu je.

Nurhanah Jaferi – Saya kawen takde wang hntaran. Mas kawen RM 30 sahaj. Saya sendiri yang pujuk parents supaya jangan letak wang hntaran. Sebab saya ni tak pndai masak, tak cantik, serba serbi kurang. Tapi alhmdulillah dah hampir 3 tahun jadi isteri, saya dah mahir kerja kerja rumah, memasak dan lain lain. Saya sayanggg suami saya sangat sangat. Nak memudahkan dia untuk memiliki saya dan memudahkan saya untuk menuai pahala sebagai isteri.

Sara Laila – Ada betul nya. Dari diri masing masing lah kalau rasa kesian tak nak susah kan bakal suami takpe, boleh je hantaran murah. Macam saya, saya cantik pndai masak. Tapi belajar tak tinggi lah hehe. Saya dah cakap dengan bf hantaran saya minta RM10k saja. Lagipun saya prefer majlis simple ja asal dah nikah.

Nanti lepas kawin lagi banyak duit nak pakai untuk anak. Anak pun saya tetap kan 2 orang.. Sepasang. Dia pun okey sebab dia taknak saya stress banyak banyak anak anak. Takde anak pun dia okey ja. Syukur lah sebab dia memang baik. Layanan dia samaa saja tak pernah berubah.

Bab duit memang tak berkira. Birthday pun dia bagi rm800 untuk hadiah. Beli kan macam macam. Apa saya minta dia bagi. Hehe. Terpulang kat masing masing. Asalkan hati tak berubah lepas kawin.. Doa saja yang baik hehe

Syera Rose – Berbaloi dengan kepercayaan antara 2 pihak. Sesetengah orang angkat kaki terus. Saya adore dengan kesungguhan En. dalam menghalalkan ikatan. Dengan kecantikan yang wife En. ada kalah model + kebijaksanaan + kekayaan + kerjaya + kesetiaan dia layak minta lebih.

Bagi rakyat jelata seperti saya yang biahse2, pelajaran biahse2 + family biahse2 + kerjaya biahse2 apatah lagi rupe paras. Sudah tertentu fikiran melepasi kayangan umtuk meminta lebih. Bagi kami yang hadir bertanggunjawab plus bukan biawak hidup or buaya daratan sudah cukup lega.

Sue Zee – Pehhh, bukan kaleng kaleng hantaran 30k. Saya yang orang offer nak bagi hantaran 20k pun rasa macam tak layak je. Entah kenapa org tu beria nak kahwin dengan saya sampai 3 kali try merisik saya melalui my parents.

Tapi saya tetap menolak sebab rasa macam tak sesuai dan orang tu bukan jodoh saya. Alhamdulillah, setahun lepas saya tolak pinangan orang tu, tak sangka saya berjodoh dengan suami yang baru kenal. Masa awal awal suami tanya agak agak berapa nilai hantaran saya.

Saya tak berani nak memandai tetap kan sendiri nilai duit hantaran. Sy tanya my parents. Even my parents just berkias “ikut nilai hantaran semasa dan ikut kemampuan pihak lelaki”. Tapi suami saya faham faham sendiri dan dia ikhlas nak bagi nilai duit hantaran berbelas k dan mas kahwin *k untuk saya sebanyak yang tertulis dalam sijil nikah kami. Tapi ada kawan lelaki sekerja kata saya baik sebab tak minta hantaran mahal mahal sebab suami nak kahwin dengan perempuan yang independent macam saya hahaaa. Ye ke..

Cik Ros – Letak la hantaran berapa juta pun. Tak ada dosa pun. Mahal ke murah ke. Cuma sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. (Riwayat Abu Daud) Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ” Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. (Riwayat Ahmad)

Kadang kadang yang letak rendah dan sederhana tu bukan sebab dia perempuan nilai murah. Atau hodoh. Ramai jer yang pakej lengkap, educated dan tinggi ilmu agama. Tapi mereka nak kan barakoh pernikahan tu.

Sumber – Razlan (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Artikel Lain: Gadis Ni Nekad Untuk Letak Hantaran Rm700 Gara Gara Bakal Suami Gaji Rendah. Masa Nak Akad Nikah Dengar Mas Kahwin Yang Suami Lafazkan Buat Wanita Ini Terkedu.
Foto sekadar hiasan.

Berbunga hati rasa. Memang wujud lelaki lelaki gentleman baik yang bekerja kuat. Selain confessor, salah seorangnya suami ku. Jangan risau ya sahabat sahabat ku yang masih bujang. Masa kalian, dengan orang yang tepat akan tiba. Sebelum berkahwin, memang terlalu banyak ujian. Sering jugak aku menangis, tetapi bukan kerana K. Tetapi kerana susahnya nak menghalalkan hubungan kami.

Kami berdua, belajar tinggi juga tapi berlatar belakangkan keluarga yang sederhana. Manakala K bukan dari keluarga yang senang. Sebelum aku bertunang dengan K dulu, aku sudah pernah bertunang. Dan ketika itu, ayah aku tetapkan hantaran RM10K. Entahla, tak ada jodoh.

Bila dengan K, aku risau sangat jika ayahku akan kembali menetapkan nilak hantaran begitu. Namun hati aku lega sangat, ketika bertunang dengan K ayahku awal awal lagi menyerahkan pada pihak lelaki berkenaan hantaran. Kenapa aku risau? Kerana aku tahu, ketika itu dalam simpanan K tidak pernah sampai seribu pun. Bayangkan, gaji 800, 300 diberi pada ibu ayah, kadang 200 diberi pada adik beradik.

Begitulah K yang tidak pernah berkira dengan keluarga. Aku memang cukup jatuh hati dengan perangai yang itu. Tapi tetap aku risau dengan persiapan kahwin kami. Walaupun begitu, aku tidak pernah mendesak K, aku tahu dia sedang cuba yang terbaik.

Selepas 3 bulan kami bertunang, K mendapat tawaran bekerja di tempat yang lebih baik. Alhamdulillahhhh aku bersyukur sangat. Kerana mengikut persetujuan, lagi 3 bulan kami akan berkahwin. Sepanjang bertunang, K beberapa kali bertanya berapa hantaran yang aku mahu.

Selalu aku minta dia tetapkan. Tapi tetap juga dia mahu aku sebutkan harga supaya senang untuk dia usahakan. 700 jawapanku. Kalau rasa ada rezeki lebih, cukupkan seribu. Supaya ibu ayahku tidak terkejut. Berkali dia tanya sepanjang pertunangan, jawapanku sama. Bila aku bagitahu pada ibuku, memang ibuku marah. Kata ibu, nanti aku jatuhkan maruah suamiku.

Tapi aku tetap dengan keputusan. Bukan kerana aku rendahkan kemampuan dia, tetapi aku tahu tanggungjawab dia terhadap aku selepas kahwin nanti memerlukan kewangan yang banyak. Aku tak mahu dia banyak berhabis untuk aku semata untuk kahwin. Aku tidak pernah sebut tentang hantaran pada sesiapa lagi selepas itu.

Hari perkahwinan kami tiba. Penuh sempurna. Namun aku sangat terkejut, pada saat akad nikah, mas kahwin yang terlafaz dari mulut dia bahkan bukan RM700, tapi RM10K. Lagi diberi seutas gelang emas yang entah berapa ribu nilainya.

Aku memang terharu. Terlalu terharu. Cerita ini, tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa bahkan pada keluarga aku. K terus memberitahuku, semua hantaran itu adalah kejutan dan hadiah untuk aku. Dan katanya, aku mahal dari segalanya.

Alhamdulillah. Rupanya, memang semua itu adalah dari duit simpanan yang dia mulakan sejak bertunang dulu. Yang aku rasa agak mustahil, tapi Allah izinkan berlaku. Aku rasa, beberapa contoh dari suamiku yang boleh kita ikut. 1. Jangan berkira dengan keluarga sendiri. Lagi lagi ibubapa. Memberilah walau tiada. Mungkin berkat dari situ Allah limpah kurnia rezeki yang lebih banyak.

2. K memang suka hulur duit pada kanak kanak. Walau sedikit. Walau itu saja duit yang ada dalam poket, tetap dihulur. 3. Membantu kawan yang susah. Kadang, dia sendiri tiada apa, sanggup dikosongkan poket untuk kawan kerana risaukan kawan. Yang ini, sampai kami brbalah juga sedikit.

Kerana pada aku, kawannya tu sampai mengambil kesempatan. Sihat tubuh badan, tapi malas bekerja. Padahal K sampai kurus tak makan demi mencari rezeki. Setiap bulan, mesti meminta dari dia. Aku tak marah, tapi aku minta dia bagi peluang pada kawan dia untuk berdikari.

4. Bonus, untuk aku. Hehe. K tidak main game, tiada media social. Ahh, idola sangat. Moga satu hari nanti aku juga mampu melepaskan media social dan hidup sepenuhnya dengan dunia sebenar. Sekarang, tidaklah kami kaya. Tapi sangat cukup, dan lapangnya di hati. Doakan kami ya.

Reaksi warganet

Farin Ahmad – Dekat tempat aku, ada sorang. Kerja pangkat kecik je, tapi berkat kerajinan dia, mampu guna dan beli kenderaan mewah. Tapi sekarang dah tak jumpa dia lagi dah. Selepas SPRM masuk audit. Agaknya, dia kerja siang malam, tu yang aku, boss dia dan rakan sekerja dia pun, tak jumpa dia lagi dah. Terlalu kuat bekerja agaknya sampai tak jumpa jalan balik ofis.

Cempaka Biru – Harap lepas kahwin pun masih jatuh hati dengan sikap suami duk bagi duit pada mak ayah dan adik beradik. Jangan nanti pergi mengadu Kat KRT pulak, suami lebihkan keluarga, tak bagi nafkah Kat isteri. Moga bahagia ye.

Siti Rashimah – Kau hantaran 700? Aku dengan suami aku nikah tak ada hantaran pun. Cuma mas kahwin je. Tak ada majlis walimatulurus, cuma akad nikah sahaja. Sebab aku tahu suami aku bukan orang senang. Aslina Majid – Kadang kadang aku curious sebab asek terbaca cerita terkejut mase akad nikah baru tau mas kawen berapa… Memang borang nikah tetiap negeri tak sama eh?.

Jangan kritik sis, sis nak tahu je. Sebab sis masa submit borang nikah baru tau wali tuliskan nilai berapa. Ye la masa tunang bincang lain, mase nak nikah tulis lain. Kat Penang memang kene nyatakan nilai mas kahwin, hantaran dan pemberian lain (kalau ada) dalam borang.. Tipu la woi kalau main hantar je borang tak semak mende. Tatau la korang kalau wali rajin nak hantarkan. Btw kat Penang, pengantin yang kene hantarkan sendiri sebab sebelum hantar tu ustaz pejabat agama interview sikit.

Athirah Nor – Alhamdulillah. Tahniah bunga. Seronok dengar. Semoga dikurniakan sakinah mawadah dan rahmah. Macam abah saya. Dia pun tak kedekut duit dengan parents dan mak pak mertua. Gaji tak besar. Kami hidup pun sederhana je. Mama behenti kerja since abah ditukarkan negeri.

Jadi mama start niaga kecil kecil dari rumah. Dulu takda online. So anta kuih dan amik upah menjahit. Tu la yang besarkan kami adik beradik2. Tak mewah. Tapi kami cukup makan pakai. Mama kata dia tak pernah persoalkan berapa abah nak bagi kat parents dia dan parents mertua. Sebab dia kata tu hak abah. Yang penting abah tau cukup kena keperluan kami 1 keluarga. Alhamdulillah.

Nenek atok belah dua dua dah pergi menghadap illahi dah. Dan kami tak menyesal pun abah buat macam tu. Alhamdulillah syukur. Sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Dan kalau mampu nak membantu. Keluarga. Adik beradik. Bru orang luar.

Dalam alQuran ada Allah pesan dah turutan nak bagi bantuan ni. Tapi kena beringat juga orang yang dibantu kena berpada pada. Bukan sikap meminta minta. Kalau berhutang tahu nk bayar semula on time. Jangan ambil kesempatan pula. Konsep taawun (kerjasama) gituu. Tahniah

Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*