Gara-gara terlalu pedas, budak perempuan terminum air ikan!

 

Jika disebut tentang makanan pedas, pasti ramai yang bersetuju bahawa kebanyakkan orang Malaysia sangat suka dengan makanan tersebut. Hal ini kerana, ia dapat memberikan kepuasan kepada penggemarnya di samping dapat melengkapkan sajian yang dimakan. Ditambah pula dengan trend menghabiskan makanan pedas pada tahap tertentu, semakin ramailah yang mencuba hidangan pedas.

Biarpun begitu, terdapat sebuah video yang tular pada beberapa hari lalu di laman Instagram @lawakteroxs dimana kelihatan seorang budak perempuan yang sedang menikmati sejenis makanan pedas. Menerusi video yang dirakam itu, budak tersebut dilihat sedang menahan kepedasan sambil mengibas kedua-dua belah tangannya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LAWAK | HIBURAN | VIRAL (@lawakteroxs)

 

 

Oleh disebabkan terlalu pedas dan tidak dapat menahan diri, kanak-kanak itu mencapai sebuah air botol minuman di sisinya. Akan tetapi, lain pula yang berlaku setelah budak berkenaan terminum air minuman yang mengandungi seekor ikan di dalamnya. Rupa-rupanya ia adalah ‘akuarium segera’ yang dibuat khas untuk ikan kecil terbabit.

Setelah menyedari kejadian itu, budak perempuan tersebut dilihat dengan segera bangkit dari tempat duduknya. Rakaman yang berdurasi selama 29 saat itu mencuri tumpuan ramai dengan menerima sebanyak 80.9 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Instagram berkenaan.

“Botol ikan pun kenape…”

ikan 4

“Perhhh nasib baik ikan tu…”

ikan 3

ikan 7

“Aku pernah macam nie…”

ikan 5

ikan 6

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*