Rumah Ketua Penerangan Sebuah Parti PolItik Juga ‘Diketuk’ Misteri Tetapi Selepas Dia Ulang Tayang CCTV,Ini Yang Dia ‘Nampak’ Dalam Rakaman Itu..

 

Jika malam sebelumnya kecoh bunyi ketukan pintu tanpa salam di Taman Air Manis, namun ketukan mIsteri itu ‘berpindah’ mengganggu penduduk di Taman Yu, Sungai Besar malam tadi.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Sabak Bernam, Muhammad Labib Abd Jalil berkata, kejadian ketukan pintu hadapan jeriji besi rumahnya di Taman Yu berlaku kira-kira jam 12.10 pagi tadi.

DIA BANGUN UNTUK LIHAT CCTV

Menurutnya, bunyi ketukan kuat selama kira-kira lima minit itu mengejutkannya daripada tidur dan terus melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV)

“Setelah meneliti rakaman CCTV, saya dapati tiada sesiapa pun yang kelihatan mengetuk pintu jeriji besi terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Labib berkata, bunyi ketukan pada jeriji besi rumah dua tingkat itu terlalu kuat hingga terdengar di tingkat atas bilik tidurnya.

“Saya terjaga daripada tidur sebab bunyi bising sebelum lama kelamaan terdengar sayup dan hilang daripada pendengaran,” katanya.

Muhammad Labib berkata, beliau yang ingin kembali tidur kemudian sempat membaca aplikasi kumpulan WhatsApp taman itu yang memaklumkan terdapat kira-kira tujuh penghuni taman itu mengalami gangguan sama.

“Peliknya, penghuni memaklumkan, gangguan ini tidak didengari wanita sebaliknya hanya lelaki yang mendengar bunyi ketukan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Labib berkata, semua sedia maklum bahawa ada mkhluk ALLAH yang dijadikan ghaIb seperti jIn dan malaIkat yang tidak dapat dilihat pada mata kasar.

“Saya tidaklah percaya pada hntu kerana ia tidak wujud. Saya tak pasti… cuma ini mungkin hanya permainan jIn barangkali hendak bergurau dan sebagainya.

“Pandangan saya, sebagai orang Islam beriman, kita tidak perlu takut kerana jIn ini mkhluknya halus yang kita tidak nampak.

“Kalau setakat dia (mkhluk halus) hendak ganggu masuk ke dalam rumah atau ke mana-mana dia boleh ganggu tetapi ini mungkin sekadar bergurau sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan polis berhubung kejadian ketukan pintu di rumah penduduk.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan meningkatkan rondaan di beberapa kawasan kampung yang tular berhubung gangguan bunyi ketukan pintu terbabit.

“Polis menasihatkan orang awam yang ternampak individu atau pihak mencvrigakan segera hubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : Sinar Harian via IzSohorrr  via CiterMaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*