Sambut Baby Shower Di Australia, Sekali Netizen Perasan Sesuatu

 

Umum mengetahui pasangan pelakon pupular Zahirah MacWilson dan suaminya Aiman Hakim Ridza, kini berada di Perth, Australia bayi menyambut kelahiran anak pertama mereka dijangka tidak lama lagi.

Baru-baru ini, pasangan itu dilihat ada memuat naik foto mereka mengadakan majlis baby shower di kediaman ibu Zahirah yang dihadiri kenalan rapat dan juga sanak-saudara.

Tidak seperti kebiasaan majlis baby shower yang menggunakan warna biru atau merah jambu, majlis Zahirah dan Aiman itu bertemakan warna putih dan emas.

Menerusi perkongsian itu, Zahirah turut memberi teka-teki kepada peminat mengenai jantina bayi sulung mereka sama ada bayi lelaki ataupun perempuan. Meskipun tiada lagi pengesahan dibuat, namun rata-rata rakan artis serta peminat meneka pasangan itu bakal menimang bayi lelaki.

Bulan lalu, Zahirah dan Aiman mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga selamat melahirkan. Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*