Semalam ramai perasan Aishah hampir pit4m bawa lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ Rupa-rupanya…

 

PENYANYI Aishah menyedari dia memikul tanggungjawab besar menyanyikan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Aku Bidadari Syurgamu di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35), pada malam Sabtu.

Aishah, 55, mengakui bukan tugas mudah menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh seorang penyanyi terkenal dan dia perlu bersedia dengan pelbagai reaksi penonton terutamanya peminat.

“Selesai tanggungjawab yang sangat berat menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu… saya tahu macam-macam reaksi, ada yang suka ada yang tak suka. Saya rasa itulah risiko menyanyikan lagu orang yang popular.

“Permintaan untuk menyanyikan lagu ini datang dari panggilan Rozi (pengurus Siti Nurhaliza) bagi pihak Siti Nurhaliza Production petang Isnin lepas. Ya, saya ada lima hari untuk buat persediaan. Sebelum ini saya pernah dengar lagu ini sekali, masa mula-mula lagu ni lancar dan saya pula tak banyak tengok TV sekarang, jadi memang ketinggalan dalam perkembangan drama TV ni.

“Bukan mengada-ngada tak nak tengok drama tempatan cuma masa lapang saya banyak layan kraftangan saya… kemudian Ippo hubungi dan kami berbincang dan akhirnya fikir punya fikir kita pun setuju untuk teruskan,” katanya.

Aishah tertarik dengan lirik lagu ini yang cukup puitis dan penuh makna.

Aishah berkongsi mengenai tawaran yang diterima menyanyikan lagu asal Siti Nurhaliza itu menerusi Instagram pada Ahad.

Aku Bidadari Syurgamu ciptaan Ippo Hafiz dan lirik Siti Rosmizah merupakan antara 30 lagu yang bertanding bagi merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35)

Sementara itu, Aishah memberitahu dia bersetuju menerima tawaran tersebut kerana tertarik dengan lirik lagu tersebut yang begitu puitis dan menyentuh jiwanya.

Selain itu, dia tidak mampu menolak permintaan Siti Nurhaliza iaitu seorang penyanyi yang cukup dikagumi.

Aishah terima tawaran pencipta lagu, Ippo Hafiz (kanan).

“Sudah tentunya sebagai seorang isteri kita impikan untuk menjadi bidadari untuk orang tersayang. Saya tak boleh nak ceritalah berapa banyak airmata gugur dik lirik lagu ini. Jalan cerita lagu ini sangat menyentuh hati saya.

“Sebab kedua saya menerima semestinya kerana Datuk Seri Siti, tak mungkin saya lepaskan peluang ini. Siti kekal merendah diri di sebalik segala kejayaannya, bagaimana untuk tidak mengaguminya. Siap beri ucapan good luck dan hantar makanan untuk kami selepas persembahan. Sweet kan?

“34 tahun menyanyi saya tak pernah terfikir untuk gementar sebegini… Allahuakbar buatnya telefon saya berdering tak henti, kemungkinan wartawan nak temubual hinggakan saya terp4ksa bagi abang (suami) pegang telefon,” ujarnya.

Ada kalanya memang mudah mengkrit1k tetapi tugasnya bukanlah semudah yg disangkakan. Katalah apa sahaja anda mahu!

AISHAH

PENYANYI

Bercerita pengalaman menyanyikan lagu tersebut secara langsung di pentas SFMM35, Aishah mendedahkan dia berdepan kejadian menakutkan kerana hampir pitam dan hilang fokus.

“Pejam celik lima hari kemudian terus on… jantung saya, entahlah sama ada saya terlalu fokus, penat atau kurang makan. Masa mula-mula nyanyi, saya angkat kepala tiba-tiba berpusing, pitam, badan saya bergoyang… mungkin kerana terlalu fokus, tarik nafas banyak oksigen, betul-betul masa tu rasa pitam.

“Saya dah nak hilang keseimbangan… dalam hati Ya Allah aku tak nak buat sejarah artis pitam dan pengsan atas pentas. Saya tak tahu macam mana nak teruskan nyanyian dalam keadaan pusing begitu. Serius saya ketakutan.

“Sangat menakvtkan… Alhamdulillah saya dapat nyanyikan lagu. Terima kasih Allah, Allahuakbar satu pengalaman yang sangat menakutkan,” ujarnya.

Sebelum itu, Siti Nurhaliza memuat naik ucapan terima kasih kepada Aishah.

Meskipun menerima kritikan kerana nyanyian dikatakan tidak sempurna dan kurang penjiwaan, Aishah berkata dia tidak ambil pusing dengan sebarang kata-kata netizen itu.

“Ada kalanya memang mudah mengkritik tetapi tugasnya bukanlah semudah yg disangkakan. Katalah apa sahaja anda mahu, feel tak sampailah… hanya sekadar legenda jelah, apa-apalah… tapi orang yang saya nyanyi lagu itu terharu,” ujarnya.

Dalam pusingan kedua yang berlangsung pada malam Sabtu, lagu nyanyian Shiha Zikir bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta berjudul 7 Nasihat diangkat menjadi lagu terbaik.

Lagu itu merupakan lagu kedua nyanyian asal Siti Nurhaliza yang layak bertanding di SFMM35.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*