Askar Thai Siap Bersenj4ta Datang Brbaris Dpn Masjid. Ditanya Knp, Jawapan Mereka Buat Smua Jemaah Ketawa

 

Allahu – Kisah askar Thai siap dengan s3njata datang berbaris di hadapan Masjid

Cerita seorang kawan baik aku dari Thailand, katanya semasa jemaahnya berjalan kaki dari Bangkok ke Selatan Thailand, jaraknya lebih kurang hampir 900 kilometer lebih, melalui lebuh raya menghala ke Selatan Thailand.

Sepertimana yang di ketahui ketika jemaah kami bergerak, keadaan di Selatan agak kucar kacir dan huru hara, saban minggu ada sahaja kejadian letvpan b0m yang di buat atau di pasang oleh kumpulan kumpulan yang tidak bertanggungjawab, paling tidak akan berlaku kejadian t3mbak men3mbak.

Kata beliau lagi, akibat dari keadaan yang tidak berapa selamat bila mereka mula sahaja memasuki Selatan Thailand maka Amirsab telah mengumpulkan mereka kembali dan memberi Targrib akan Kebesaran Allah.

Allah yang menghidupkan dan Allah lah yang mem4tikan, makhlvk tiada kuasa dan hanya Allah yang berkuasa…jadi kita kena percepatkan perjalanan supaya bila masuk waktu Asar kita sudah berada di Masjid.

Bayangkan lah bagaimana penatnya kami satu jemaah, yang terpaksa berjalan pantas untuk sampai di Masjid yang berhampiran, tetapi penat kami hilang dan keletihan kami tenggelam di dalam Muzakarah 6 sifat dan Halqah Quran semasa kami berjalan…Allahu.

Bagi mereka yang biasa pergi ke Selatan Thailand sudah pasti akan faham akan keadaan sekatan jalanraya di sana yang di buat oleh askar askar.

Boleh dikatakan hampir setiap 10 kilometer kita pasti akan bertemu dengan sekatan sekatan jalanraya, dan bagi kami jemaah Dakwah Tabligh Thailand tidak menjadi apa apa kesusahan kerana kami bercakap di dalam bahasa Thailand walaupun kami Melayu Islam.

Disoal sias4t askar Thailand dalam satu sekatan

Tetapi apa yang terjadi di salah satu sekatan agak mencemaskan, kami telah di tahan oleh beberapa askar yang bertugas dan rata-rata askar itu adalah orang Siam yang beragama Bvdha.

Mereka menahan dan menyoal kami serta meminta maklumat maklumat pengenalan diri.

Suasana cemas ini membuat kan Amirsab kami bersuara tegas dan memerintah kan kami jangan bercakap tetapi hanya berzikir tanpa henti, kami mematuhi arahan Amirsab….zikir tanpa henti.

Salah seorang dari ketua Platun askar tadi telah bertanya..

Ketua askar : Kamu dari mana..?
Amirsab : Kami dari Bangkok

Ketua askar : Kamu hendak kemana..?
Amirsab : Kami hendak ke Masjid.

Ketua askar : Masjid mana yang kamu hendak pergi..?
Amirsab : Kami hendak pergi kesemua Masjid yang kami jumpa di sepanjang perjalanan kami.

Ketua askar : Mana kenderaan kamu..?
Amirsab : Kami tak naik kenderaan, kami berjalan kaki.

Ketua askar : Huuuuh…!!! Kamu berjalan kaki dari Bangkok sampai kemari…???? !!!
Amirsab : Ya…kami berjalan kaki dari Bangkok ke mari..

Ketua Platun askar tadi jadi tergamam dan seperti tidak percaya, begitu juga dengan askar askar yang berdiri mengelilingi ‘Jemaah Jalan Kaki’ tadi menjadi seolah-olah bingung dengan jawapan Amir jemaah tadi…tanpa bercakap banyak ketua askar tadi berkata lagi…

Ketua askar : Di depan sana ada Masjid…cepat kamu kesana sebelum waktu Darvrat bermula..

Amirsab tanpa banyak bicara terus mengarahkan kami semua berjalan pantas menuju ke Masjid yang di tunjuki oleh askar tadi.

Barakallah, sampai di sana kami terus masuk Masjid dan membuat Sujud Syukur kerana kami tidak di tahan oleh askar askar tadi. Selepas masuk waktu Zohor kami bersolat dan selepas bersolat Zohor Amirsab mengarah kan kami semua duduk Musyuarah.

Askar siap dengan senj4ta sedang berbaris di hadapan Masjid

Semasa kami bermusyuarah tiba tiba kami mendengar suara jerit4n seseorang memanggil kami dari luar Masjid…

Alangkah terperanjatnya kami bila kami menjengah keluar Masjid kami melihat sebarisan askar siap dengan senj4ta sedang berbaris di hadapan Masjid.

Kami semua menjadi gugup dan Amirsab memberanikan diri keluar ke Masjid dan berjumpa dengan ketua askar tadi..

Kata Amirsab : Ya tuan…boleh kami bantu, adakah kami membuat apa apa kesalahan…?

Ketua askar menjawab…

” Tidak, kamu tidak membuat apa apa kesalahan, kami cuma datang kemari untuk belajar dari kamu “Ilmu Jalan Kaki”..

” Ini kerana kami askar memang di latih untuk menjadi seorang yang kuat dan tahan lasak tetapi tidak seorang pun di antara kami yang mampu berjalan kaki dari Bangkok ke mari sejauh lebih 900 kilometer…jadi ajarkan kaki “ilmu jalan kaki” yang kamu ada itu…!!!

Allahuakhbar….

Hahahahahaaa….sebahagian dari kami ketawa….Allahu..

Bhai…ini cerita benar…askar pun datang nak belajar Ilmu Jalan Kaki dengan Jemaah Pedal.. Semua azam untuk keluar jamaah jalan kaki…insyallah…!!!

Kata Maulana, ‘Jemaah Jalan Kaki’ ialah jemaah yang meredakan kemurkaan Allah, dimana tempat di timpa Musibah di situlah ‘Jemaah Jalan Kaki’ perlu di hantar sebanyak banyaknya…Insyallah.

Sumber: Street Dakwah Writer – Ali Russia

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://www.asiakini.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*