Momen Menakutkan

 

Kuala Lumpur: Isteri penyanyi, Alif Satar iaitu Sha Dila Hadid sedih melihat tiga anak mereka Alisha Anugerah, 5; Ariana Mecca, 3; dan Muhammad ‘Ali, 1; ketika menjalani ujian saringan Cov1id-19 di rumah mereka, semalam.

Sha Dila berkata, dia bertambah sedih apabila Ariana dan Ali menangis ketika ujian dibuat.

“Selepas Alif disahkan positif, semua ahli keluarga pergi buat ujian saringan di klinik dan hospital, tapi saya di rumah bersama tiga anak yang masih kecil. Saya juga tak boleh nak pandu kereta kerana Alif orang terakhir yang memandu kereta itu. Jadi, saya lakukan ujian saringan di rumah dan doktor datang jam 9.30 pagi.

“Ketika ujian dilakukan, kasihan pada anak-anak kerana saya sendiri rasa tak selesa, inikan pula mereka. Mereka mula menangis terutama Ariana dan Ali. Jadi, sedihlah tengok mereka. Tapi, ini tanggungjawab yang mana memang kena buat juga.

“Kami tidak ada sebarang gejala dan saya berasa keputusannya negatif. Tapi apabila dapat tahu mentua dan adik Alif positif, saya menjadi risau. Alif juga tidak ada gejala, tapi positif. Disebabkan belum tahu keputusan, jadi semalam saya kemaskan baju dan keperluan anak-anak dalam beg. Jika keputusan positif, jadi semuanya sudah tersedia,” katanya.

Sha Dila berkata, dia juga menangis ketika mengemas baju dan keperluan mereka serta bersedia dengan segala kemungkinan.

“Macam-macam saya fikirkan. Paling menakutkan bagaimana jika saya positif tapi anak-anak negatif atau seorang anak negatif dan dua lagi positif? Saya fikir macamana keadaan ketika itu. Adakah diasingkan atau kuarantin bersama? Kalau diasingkan anak-anak duduk dengan siapa? Siapa nak menjaga mereka? Kiranya semalam memang tak boleh tidur jika terjadi keadaan seperti ini.

“Alhamdulillah, ketika dimaklumkan ujian saringan negatif, tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Dalam masa sama lega, tapi saya tahu perkara ini belum berakhir apatah lagi Alif dan keluarga lain sedang dirawat di hospital dan melawan virus ini. Jadi, perasaan bercampur baur. Saya nak semua orang akan kembali sihat selepas ini.

“Tahun ini memang tahun mencabar buat semua orang. Jadi, saya berharap semua boleh menyokong pesakit dan sesiapa saja sebab semua terkesan dengan penularan wabak ini. Walaupun orang itu tak kena Cov1id-19, tapi dari segi ekonomi, kerja, keluarga dan macam-macam lagi mereka terkesan. Jadi, kita perlu bersama-sama. Terima kasih pada semua yang mendoakan dan sudi membantu,” katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/rap/2020/11/645291/sha-dila-menangis-ketika-kemas-beg

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*