“Hubungan antara kami berdua keruh…” – Da’i Syed Pula Buka Mulut Dedah Sesuatu

 

PENDAKWAH muda Da’i Syed menegaskan kemelut antara dia dan bapanya iaitu Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Biarpun tidak berkongsi secara terperinci, Syed, 25, mengakui mereka tidak mempunyai hubungan baik selepas dia memilih untuk menyertai program Da’i pada 2016.

Syed berkata, bapanya itu telah berpindah ke Cairo, Mesir selepas berpisah dengan ibunya pada 2017.

“Saya percaya bahawa keadaan sebenar hubungan antara ayahanda dan saya adalah perkara peribadi yang perlu disimpan sendiri.

Da’i Syed muat naik kenyataan rasmi di Instagram.

“Cukuplah sekadar saya menyatakan bahawa ayahanda telah lama meningg4lkan ibu sejak tahun 2017, lantas berpindah ke Cairo, Mesir.

“Hubungan antara kami berdua keruh seawal tahun 2016 apabila beliau tidak bersetuju dengan pilihan kerjaya hidup saya untuk menyertai program Da’i yang ditayangkan di televisyen.

“Namun atas hormat seorang anakanda kepada ayahandanya, saya terima nasihat yang diberikan itu dengan hati terbuka,” kata Syed.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail mendedahkan perkara itu dengan memuat naik kenyataan rasmi di Instagram pada Rabu.

Cukuplah sekadar saya menyatakan bahawa ayahanda telah lama meninggalkan ibu sejak tahun 2017.

DA’I SYED

PENDAKWAH & PENYANYI

Sebelum ini, bapa kepada pendakwah muda itu menerusi laman Facebook mengakui sudah lama mendengar berita burvk yang membabitkan anaknya.

Malah Syed Mohammad Shaiful turut mendedahkan anaknya mengabaikan segala mesej yang dihantarnya sejak dua tahun lalu.

Berikutan dkwaan yang tular, Syed Mohammad Shaiful menasihati agar pihak yang mendkwa menjadi mngsa segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Syed yang juga penyanyi memberitahu dia bakal memfailkan samn fitnh terhadap individu yang menyebarkan dkwaan tersebut di laman Twitter.

Da’i Syed dedah bapanya sudah meninggalkan ibunya sejak 2017.

“Saya dengan ini menutut supaya pengguna akaun Twitter yang berkenaan untuk memadam segala kenyataan yang bersifat fitnh, ditokok tambah, disebarkan dan ditujukan kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan kadar segera.

“Permohonan maaf secara bertulis kepada saya juga perlu dilakukan bagi memperbetulkan keadaan. Permohanan maaf ini kemudiannya perlu disebarkan dengan cara sama fitnh ke atas saya disebarkan.

“Sebarang kedegilan oleh mana-mana pengguna akaun Twitter yang berkenaan, akan saya terima sebagai pelawaan bagi saya memulakan tindakan samn fitnh di mahkamah terhadap mereka,” ujarnya.

Pada Selasa, Da’i Syed tampil membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan dia terbabit dalam kes rogl seperti yang ditularkan di Twitter.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*