Bapa Menyewa Kereta Sorong RM3 Sehari Demi Sara Keluarga. Bila NGO Datang, Terbongkar Cerita Sebenar

 

Perkongsian ini diambil dari laman FB Komuniti As Salam yang juga merupakan sebuah badan NGO yang giat melakukan kerja kebajikan di pedalaman daerah Semporna, Sabah.

Pihak Asia Kini telah berhubung dengan Pengerusi Komuniti As Salam bagi mendapatkan kesahihan cerita dan apa yang beliau ceritakan benar-benar menyentuh perasaan.

Alhamdulillah

Semalam Mama Hafit ada call saya, mula-mula saya jawab kalau nak minta bantuan sms saja tidak perlu call ( saya kasar sikit sebab tengah tension ).

Lepas maghrib dia mesej saya pakai mesej biasa (mama Hafit pakai Nokia Lampu Suluh saja memang tiada whatsapp).

Bila baca mesej dari Mama Hafit terus saya call minta maaf terkasar sedikit dan bagitau esok saya hantar susu dan lampin pakai buang.

Alhamdulillah petang tadi kami beramai-ramai ziarah hantar 2 pek susu dan 2 pek lampin pakai buang, semua mau ikut mau tengok adik Hafit.

Untuk makluman Hafit Mydin merupakan salah satu anak angkat As Salam. Apa yang menyedihkan anak istimewa ini menghidap pnyakit Hydr0cephaIus (lebihan cecair dalam 0tak).

Petang tadi kami sempat ziarah Adik Hafit untuk serahkan bantuan susu dan lampin pakai buang.

Itu antara bantuan yang diterima adik Hafit dan insyaAllah sepanjang hidup adik Hafit akan dapat bantuan dari Komuniti As Salam serta Masjid As Salam.

Cari rezeki dengan mengangkat barang dan menyewa kereta sorong RM3 sehari

Alhamdulillah ziarah kali ini sempat kami berbual dengan Ayah Hafit.

Kami bertanya keadaan mereka kini dan pekerjaan yang ayah Hafit buat.

Beliau memaklumkan bahawa dia masih lagi bekerja sebagai penolak kereta sorong di pekan dan sememangnya bergantung sepenuhnya dengan pendapatan mengangkat barang dengan kereta sorong.

Yang menghairankan kami, tidak nampak pula kereta sorong di sekitar rumah keluarga Hafit. Saya kemudian sempat bertanya, karitunnya (kereta sorong) mana? Kamu simpan di mana karitun kamu?

” Owh saya simpan di pekan saja, kasi balik sama tuan punya karitun (kereta sorong),” jawab Ayah Hafit sebak.

” Bukan kamu punya?” tanya saya lagi kepadanya.

” Bukan.. Saya sewa saja, RM3 sehari,” jawab Ayah Hafit dengan wajahnya sedikit sayu.

Allah.. Bila dengar ayah Hafit beritahu kereta sorong pun bukan dia punya, dia mampu sewa sahaja. Terus tergerak hati saya cakap, “Kalau macam tu kami belikan kamu karitun baru, tidak payah sewa-sewa lagi.. Boleh tambah pendapatan kamu”

Banyak kali ayah Hafit ucap terima kasih pada kami. Sepanjang jalan juga saya memikirkan.. Dalam ramai-ramai kami ini tidak mungkin kami boleh lalui hidup macam ayah Hafit.

Tinggal rumah kecil..cukup-cukup untuk keluarga kecil mereka.. Dikurniakan lagi anak Syurga ini dalam serba kekurangan dengan status bukan warganegara lagi.

Allah.. Malu kadang-kadang saya yang cukup segala-galanya ni pun kadang-kadang mengeluh dengan hidup yang ada ni.. Kereta rosak pun sudah mengeluh.

Tidak sedar banyak lagi nikmat Allah bagi dengan saya tiada pada keluarga Hafit…

Malam ini saya buka pada sesiapa yang mau berkongsi SAHAM AKHIRAT yang tidak akan putus-putus selagi mana “Kereta Sorong” yang digunakan ayah Hafit ini akan memberikan REZEKI HALAL kepada keluarga kecil ini.

Teruskan menyumbang kepada Tabung Masjid As Salam untuk kita sama bantu lebih ramai golongan yang susah. Kami terima permintaan untuk luaskan program ini termasuklah bantuan untuk OKU, anak yatim dan lain-lain.

InsyaAllah andai pemimpin, ahli korporat, GLC dan individu-individu terus menyokong program As Salam tidak mustahil lebih ramai akan dibantu. Doakan..

Khidmat Itu Nikmat

Sumber:FB Komuniti As Salam via AsiaKini

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*