Mak dpt pergi pasar terapung, tp pelikk bila mak taknak tido dgn aku,dia nk dgn kerani cabok tu je.

 

Assalamualaikum dan hai semua pembaca. Cuti lama kan. Puas tawaf rumah. Puas buka peti ais. Harap-harap kr1sis negara akan kembali pulih, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah patuh akan arahan kerajaan dari masa ke semasa. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab.

Aku Rozana. Umur40-an. Dah tua. Bolehlah adik-adik yang membaca ni panggil makcik. Bulan Februari yang lalu, kami sekeluarga diuji dengan pemergian ibu tercinta pulang ke rhmatullah.Dah sebulan berlalu.. Tetapi rasa sakit masih berbekas di hati. Sakit.

Tiada kata yang mampu menceritakan sakitnya rasa saat kita kehilangan orang yang tersayang. Hilang, pergi yang kita tahu tiada kembali.Dan bertambah sakit, bila orang yang kita sayang itu pergi meninggalkan kita dengan sesal.

Sesal tanpa noktah dan penghujung. Aku tak tahu sama ada betul atau tidak tindakan aku menulis di sini. Aku khuatir jika penulisan ini mungkin akan mengundang kec4man.Aku nak meluah, tapi tak tahu pada siapa. Jadi aku luah di sini, semoga dapat jadi pengajaran buat semua.

Aku anak sulung daripada lima beradik. Adikku dua lelaki dan dua lagi perempuan. Yang ingin aku ceritakan, tentang adik perempuanku si bongsu.Adik, semua panggil dia adik. Adik sekarang umurnya sudah 29 tahun.

Semua adikku belajar sampai universiti, sampai dapat ijazah. Tetapi si bongsu ini, istimewanya dia, dia seorang saja yang sambung ke kemahiran.Dia masuk kemahiran yang mengajarkan dia ilmu seni bina.

Sedang aku dan adik beradik yang lain sambung belajar ke universiti dan memperoleh ijazah dalam bidang masing-masing.Kami empat beradik dapat kerja yang orang kata, kerja bagus-bagus.

Aku sendiri cikgu, adik keduaku pensyarah, adik ketigaku pegawai di jabatan pertanian, adikku yang keempat, pegawai bank. Adik bongsuku, kerja kerani di kedai jual kereta terpakai berdekatan rumah.

Dalam ramai-ramai, orang nampak dialah yang kerja paling lekeh. Kalau berkumpul saudara mara, mereka akan puji kami yang berempat ni. Sejuk perut mak mengandung. Anak semua kerja bagus..Semua boleh tolong mak.Biasa orang pandang macamtu kan? Biasa orang pandang yang kerja konon hebat ni lah yang paling bagus, yang bantu senangkan mak ayah, yang pakai kereta mahal ini lah yang cerah masa depan..

Realitinya, jauh panggang dari api. Kena ke tidak ya pepatah ni. Dah 2020, aku rasa masyarakat patut hentikan dah mentaliti yang kerja kerajaan tu kaya, yang kerja swasta miskin.Realitinya aku akui jujur, kebanyakan orang yang kerja kerajaan ni sangat banyak hutangnya.

Bila gaji, potong itu potong ini tinggallah berapa sen saja. Makin besar gaji, makin besar hutang.

Realitinya, adik kami yang bongsu, yang kerja paling biasa-biasa itulah sebenarnya paling banyak membantu mak, menjaga mak.

Kami yang lain, kerja jauh dari mak, balik jarang-jarang sekali. Hulur duit pun jarang-jarang. Telefon tanya khabar pun jarang. Pendek kata, adik habiskan seluruh hidup dia sekolah, sambung belajar, kemudian kerja. Semua bersama mak. Berdekatan dengan mak. Adik bukan tidak pandai. Keputusan SPM boleh dikira bagus.

Saat dia memutuskan mahu sambung ke kemahiran, ketahuilah puas kami menegah dan melarang.. Kami mahu dia sambung ke universiti seperti kami.Dia buat tak tahu. Sambung juga ke kemahiran. Sampai akhirnya kami tahu alasannya tidak mahu ke universiti. Tidak mahu menyusahkan mak.

Pasti dia sudah menyaksikan betapa mak habiskan seluruh hidup berkerja keras untuk menampung belanja kakak dan abangnya di universiti dulu. Dan tidak mahu menambah lagi beban mak sementelah mak sudah semakin tua. Tanpa kehadiran abah di sisi.Kalau orang biasa kata, anak bongsu itu manja, persis apa kemahuan akan dituruti.

Bagi aku, kata orang itu sudah tidak relevan menurut apa yang berlaku dalam hidupku. Sebaliknya, di dalam keluarga, nampaknya adiklah yang sebenarnya paling berdikari, paling mandiri, paling banyak berkorban..

Berbanding kami. Kami yang dari sekolah dimanjakan, menginjak universiti dikirimkan duit saban bulan. Dihantar dan dijemput abah.Adik? Adik sempat rasa perhatian abah sampai dia darjah lima kalau tak silap. Seterusnya dia terpaksa berdikari sendiri. Dia jaga mak, sampai akhir hayat mak.

Apa-apa hal, adik. Adik beli barang dapur. Adik cat rumah. Adik buat tandas duduk untuk mak, sebab mak sakit lutut. Adik bawa mak jalan dekat mall. Adik makan dengan mak tiap hari. Adik bawa mak ke hospital. Adik jaga mak bila mak sakit.Mak nak apa, semua adik. Makan pakai mak, zahir batin mak, adik yang cukupkan.

Sampai mungkin mak rasa dah tak perlukan anak-anak yang lain. Kalau anak-anak lain tak mahu ambil tahu pun tak apa. Cukup adik.
Adik bawa mak berjalan, melancong dalam dan luar negara.

Kadang-kadang terasa hati, tengok mak bergambar di pasar terapung di Thailand. Senyap-senyap saja mak pergi.Tapi fikir balik, betapa banyak kali aku dan keluargaku melancong tanpa bagitahu mak, jauh sekali mahu pelawa.

Bila mak buat benda sama, kenapa aku nak terasa pula? Itulah rasa yang sama dengan apa yang mak rasa.Adik bertemu belahan jiwanya di usia 27 tahun kira-kira dua atau tiga tahun lalu.

Aku belum lupa majlis pernikahan adik.. Ringkas tetapi berkahnya dapat dirasakan semua hadirin.Lelaki yang jabat tangan jurunikah itu pakai kemeja lengan pendek putih, seluar slack hitam.

Pakai songkok. Adik pakai kurung kedah warna sama. Mahu konsep retro. Ringkas tapi sangat cantik. Dari kesemua adik beradik, adiklah yang paling cantik. Setulus hatinya, secantik rupanya.Tiada pelamin mewah, cuma mini pelamin untuk sesiapa mahu bergambar kenangan.

Tiada sanding dan renjis. Baju nikah itulah dipakai seharian sampai habis melayan tetamu. Satu majlis saja, tiada majlis di pihak lelaki. Memandangkan adik dan suami setaman.Adik dan suami tinggal bersama mak, terus menjaga mak. Mak tak izin adik tinggal berasingan.

Tak seperti suamiku, suami adik lebih rapat dengan mak. Menantu kesayangan mak. Nampak dia layan mak, macam mak sendiri.Meski suamiku lebih berharta berbanding Huzair si menantu mak yang bongsu itu, tetapi jelas di sini wang kekayaan tidak mampu membeli jiwa orang tua.

Mewah macamana pun kereta kami, mak tetap mahu naik kereta Huzair bila ke mana-mana.
Akhir tahun lalu, graf kesihatan mak mula merosot. Selera makan berkurang. Berat badan turun mendadak.

Knser yang mak hidapi sudah merebak. Ubat sudah tidak berkesan. Tubuh mak sudah tak terdaya mahu melaw4n. Faktor usia. Usia mak sudah menjengah senja.Barulah kami kerap pulang. Mahu menjaga mak. Bila aku mahu temankan mak tidur, mak tanya, adik mana. Di sinilah aku rasa sangat terpukul. Rasa hati sangat terlvka.

Mak tak sudi tidur bersamaku. Dia lebih selesa tidur bersama adik, dia mahu peluk adik sepanjang lena. Andai kata malaikat menjemput sewaktu lena, dia mahu adik ada di dalam dakapannya.Suatu hari, adik terpaksa pulang ke kampung suami kerana neneknya sakIt.

Sekali lagi kami adik beradik yang lain rasa tertampar dengan realiti. Kami ambil alih tempat adik untuk sehari itu, kami rasa macam b0doh. Kami tak tahu mak nak makan apa, mak suka makan apa, mak suka buat apa.
Adik faham. Dia mesej selang beberapa jam. Ingatkan kami rutin mak, sekian-sekian. Bukan ingatkan, sebenarnya ajarkan.

Dan mak asyik tanya. Adik, adik, adik. Betapa rasa bersalah melekap di hati. Rasa berdosa tak cakna tentang kehidupan mak.

Sampai mak sakit, kena jaga sehari dah jadi bingung. Kekok. Nampak mak pun tak selesa dengan kami.Akhir Februari lalu, ajal mak menjemput. Di usia mak menjengah 68 tahun. Mak hembuloskan nafas terakhir di pangkuan adik. Nampak mudah dan tenang mak pergi.

Di hayat-hayat mak yang terakhir, aku mohon maaf lewat khilaf aku mengabaikannya. Dia cuma senyum. Takpa, mak tak kisah. Sambil genggam kuat tangan adik.Aku tak salahkan mak. Aku mengerti kenapa. Aku tak perlu persoalkan kenapa.

Ini harga yang aku harus bayar untuk pengabaian aku selama ini. Adiklah orangnya yang paling layak menangis di atas pemergian mak.Dia nampak kuat di depan orang. Sebaliknya kami sekeluarga saja tahu berapa kali dia pengsan selepas r0h mak diangkat ke langit. Menangis tersedu-sedu, sampai demam.

Mujur ada Huzair, separuh nyawanya mainkan peranan. Tubuh adik yang sarat mengandung didakap sampai lega, sampai redha. Dibisik kalimah sabar berkali-kali untuk tenangkan adik.Selepas mak tiada, barulah rasa menyesal menyesakkan dada aku. Aku rasa terpukul.

Aku rasa berd0sa. Mengenangkan betapa mak korbankan jiwa dan raga saat kami membesar.
Begitu sesudah kami berjaya, hati dan susuk tubuh tua yang korbankan tulang empat kerat tadi kami abaikan. Kami serahkan bulat-bulat pada si bongsu yang polos.

Aku terbayangkan zaman susah kami. Mak masak sardin setin kecil. Kuah banyak. Supaya dapat makan ramai-ramai. Bila dah tua bangka, dah senang sikit, sikit pun tak teringin nak senangkan mak. Lepaskan anak tekak sendiri, puaskan tenggorok sendiri.

Hutang kereta mahal, tunjuk dalam facebook beli handbag sampai ribuan ringgit.Melancong sana melancong sini. Tak tahu mak di kampung makan apa.Tak tahu mak sakit lutut nak berak cangkung. Rasa bersalah menghantui diri saat terjaga dan lena.

Aku cikgu. Golongan pendidik. Sepatutnya aku jadi contoh. Aku sulung. Tapi aku abaikan mak, sampai adik-adik lain selesa buat benda sama.Mak insan yang baik. Orang macam kami tak layak dapat mak sebaik mak. Mujur Allah hantar adik bongsu dalam hidup mak, dia bagai pari-pari yang beri bahagia dalam hidup mak.

Sesalan yang aku rasakan ini tiada noktahnya, tiada penghujung. Akan aku pikul sampai nafas yang terakhir. Terbayangkan karma menanti di hujung usia.

Jujur sepanjang menaip ini air mata banyak kali tumpah.Layanlah semua orang di dalam hidup, macam itu hari terakhir mereka hidup. Tak guna menyesal bila orang dah tiada..

Sebab tiada apa dapat mengubahnya. Selagi mak ayah hidup, selalu ingat untuk balas jasa mereka. Tanpa mak ayah, kita takkan jadi kita. Bila mak ayah dah tiada, menangis air mata drah pun takkan dapat kembalikan masa.

Adik dah selamat bersalin minggu lepas. Anaknya, Mardiana. Ambil sempena nama mak. Aku tahu bukanlah mudah untuk adik mengikhlaskan pemergian mak. Semoga dia diberi kekuatan menghadapi hari mendatang.

Aku doakan semoga rezeki adik mengalir mencurah bagaikan air yang tidak berhenti, setimpal dengan kebaikannya menjaga “syurga” kami sepanjang hayat.Percayalah, bahagia, kasih sayang, tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..

Reaksi warganet

Merbia Libot –Penulisan buat pembaca betul2 terasa. Saya turut menangis puan.

Wani Tomatoma –Menghulur duit tak akan pernah sama dengan yang menjaga hari-hari.

Tak semua menantu akan redha dengan pemberian atau pengorbanan si anak untuk berbakti kepada kedua ibu bapa. Sangat beruntung kalau si bongsu dapat pasangan yang memahami.

Semoga Allah beri kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang. Allah knows best.

Rabbatul Bait –Dalam setiap keluarga tu memang Allah dah tetapkan siapa yang akan jaga ibu bapa semasa hayatnya. Menjaga ibu bapa yang sakit hingga nywa dipanggil itu adalah rezeki. Apa yang perlu dibuat bertaubtlah dan banyakkan berdoa.

Mia Haniff –Allahu, sedihnya. Saya kehilangan arwh ibu raya tahun lepas. Terpukul kerana saya pun anak sulung yang bekerja jauh dari keluarga.Sepanjang di sini adik adik saya di kampung yang menjaga mak dan ayah.

Saya hanya dapat balik kerap sejak aruwah mak dah start sakit tenat.Ralat di jiwa tak dapat jaga mak macam adik adik jaga, tak dapat temankan mak macam adik adik buat. Jasa dan budi adik adik ku tersayang hanya Allah swt yg dapat membalasnya.

Sumber– Zana (Bukan nama sebenar)

Sungguh terasa membaca perkongsian dari Puan Zana. Semoga memberi pengajaran buat kita semua. Moga r0h ibunya dicucuri rahMat.

 

Sumber via transformasi

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*