[VIDEO] “Aku 22 tahun, dia 68 tahun,” – Jumpa j0doh di TikTok, terus kahwin!

 

PERNAH ada kata-kata yang berbunyi, ‘j0doh tidak mengenal usia’.

Ada wanita yang ditakdirkan mendapat pasangan yang lebih muda, ada juga yang ditakdirkan berpasangan dengan lelaki yang lebih berusia.

Tapi bak kata orang, usia hanya sekadar nombor. Pucuk pangkalnya adalah hati.

Baru-baru ini klip video yang mem4parkan seorang wanita muda berusia 22 tahun bersama suaminya yang berusia 68 tahun, menjadi tular di media sosial.

Perk0ngsian tersebut sekali gus menimbulkan pelbagai re4ksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tidak menyangka dan sukar percaya lantaran jarak umur pasangan berkenaan yang terlalu jauh.

Namun mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya viideo berkenaan adalah hasil suntingan menggunakan aplikasi Face App, salah satu aplikasi yang menjadi trend di media sosial.

Nur Fatiha bersama suaminya, Mohamad Faizan yang sebenarnya berusia 26 tahun.

Face App adalah aplikasi yang menyediiakan fungsi untuk menukar wajah seseorang menjadi lebih tua, muda, menukar jantina dan sebagainya.

Perkara itu dijelaskan oleh tuan empunya video berkenaan, Nur Fatiha Jalani.

Bercerita kepada mStar, wanita berusia 22 tahun itu berkata dia pada mulanya memuat naik video berkenaan di aplikasi TikTok namun tidak menyangka akhirnya ia menjadi tular selepas dikongsikan ramai di laman sosial lain.

Suka-suka saja

“Idea nak menyvnting (edit) itu secara suka-suka saja, sebab sekarang ni tengah trend semula aplikasi WhatsApp. Saya muat naik di TikTok untuk dijadikan sebagai content saja. Tak sangka pula jadi viral,” ceritanya sambil menambah, usia sebenar suaminya adalah 26 tahun.

Menurut wanita ini lagi, dia cuba menyampaikan satu mesej tersirat menerusi svntingan berkenaan iaitu jodoh tidak mengenal usia atau status seseorang.

Nur Fatiha mengenali suaminya menerusi aplikasi TiikTok.

“Disebabkan viral, biasalah akan ada komen positif dan negatif. Ada yang tanpa usul periksa terus beri k0men negatif dan kata saya pentingkan harta sebab kahwin dengan lelaki tua.

“Saya positif saja, saya anggap saja mereka tak tahu viideo itu sebenarnya suntingan. Ada juga yang kata kenapa saya sanggup edit suami nampak tua. Itu antara komen negatif tapi saya ada juga jelaskan di komen

“Yang positif pun banyak. Ada yang kata, biar suami nampak tua supaya tak ada yang kebas. Ramai yang doakan rumah tangga kami juga. Apa pun saya nak jelaskan, sebenarnya sebelum muat naik video itu, saya sudah pun mendapat kebenaran suami, Mohamad Faizan Ali,” ujar wanita yang sudah mendirikan rumah tangga setahun yang lalu.

Ada yang tanpa usul periksa terus beri komen neg4tif dan kata saya pentingkan harta sebab kahwin dengan lelaki tua.

NUR FATIHA JALANI

ISTERI

Bercerita serba sedikit mengenai perkenalannya dengan suami, Nur Fatiha berkata mereka berdua dipertemukan menerusi aplikasi TikTok.

“Ada satu video duet lagu Bollywood dan dia duet dengan saya. Saya tak rasa apa-apa pun sebab orang boleh masuk ‘random’. Tapi rupa-rupanya dia beranikan diri menegur saya.

“Nampak dia berusaha nak berkawan dengan saya, sebab itu saya yakin yang dia benar-benar nak jadikan saya isteri. Sikapnya yang hormatkan orang tua dan keluarga saya menambat hati.

Nur Fatiha dan suaminya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas tiga bulan mengenali hati budi masing-masing.

“Keluarga pun kata, benda baik buat apa tangguh. Walaupun saya muda, tapi orang kata ini j0doh. Akhirnya tiga bulan selepas saling mengenali, kami diijabkabulkan,” katanya yang merupakan suri rumah sepenuh masa.

Menurutnya, tidak ada salahnya seseorang untuk berkahwin pada usia yang muda kerana perjalanan hidup seseorang sudah ditentukan oleh yang Maha Esa.

“Mungkin itulah yang terbaik yang disusun oleh Allah. Tapi walau dengan siapa pun jodoh kita, orang lain tiada hak untuk judge berdasarkan apa yang dilihatnya sebaliknya lihat dalam konteks yang luas,” katanya lagi.

Video yang tular di Tiktok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*