“Bapa mertuaku, rupanya bapaku”. Lps nikah, ibu dedah rahsia. Tak tergamak aku nak sentuh isteri

 

Assalamualaikum dan hi warganet semua. Jarang sekali aku ingin meluahkan perasaan ku di media social kerana meluahkan perasaan di media social. Bagi aku ibarat seperti menuang air di daun keladi….

Bercerita lah apa pun, menangislah sampai keluar air mata drah sekalipun ianya tidak dapat mengubah apa yang telah terjadi…

Namun segala tanggapan aku berubah setelah aku di invite masuk ke dalam satu group luahan hati. Lalu aku mengambil keputusan untuk berbual (FB Mesengger) dengan adminnya.

Terima kasih CPA kerana sudi meluangkan sedikit masa dan sabar mendengar luahan hati aku ini. Terima kasih juga atas nasihat dan pandangan CPA supaya aku selesaikan perkara ini dengan tenang dan logik.

Benar, sememangnya meluahkan rasa hati di media social tidak dapat mengubah apa yang telah berlaku tetapi dengan meluahkan apa yang terbuku di hati sekurang kurangnya ia dapat membantu aku membentuk masa hadapan yang lebih baik.

Kenapa tidak mengadu sahaja pada Tuhan…?

Bohong jika aku tidak pernah menangis di sejadah memohon petunjuk Ilahi… Tiap kali solat wajib mahupun sunat satu perkara itu tidak pernah lekang di bibirku mohon dariNya pertunjuk apa perlu aku buat untuk selesaikan kemelut di jiwa aku.

Owh, aku lupa untuk perkenalkan diriku pada kalian. Namaku Muiz, berusia 28 tahun dan bekerja di sektor awam. Isteriku seorang ustazah. Anak ke 3 dalam 4 orang adik beradik.

Hampir setahun aku menikahi dia, tetapi sekali pun aku tidak pernah ‘menyentuhi’ dia selayaknya sebagai seorang isteri.

Kelmarin aku terbaca satu coretan peribadi isteriku di nota handphone nya lalu aku menangis. Ianya menambah lagi beban di hatiku…

Ayatnya lebih kurang bergini…

“Abang, kenapa setelah aku menjadi isterimu yang sah kamu tidak lagi menyentuh ku. Kenapa setiap kali aku memandangmu, pasti kamu akan mengalih perhatian mu kepada sesuatu yang lain…

Tidak sama sewaktu kita sama sama berada di IPT dulu. Sangat jauh bezanya ketika kita di alam pertunangan dulu. Kenapa abang…? Kini hampir setahun kita hidup ibarat orang asing…

Jika sudah tidak mencintai aku lagi… Lepaskan aku abang. Untuk aku melangkah meletakkan fasakh mungkin itu amat mustahil bagi aku kerana aku sangat mengasihimu abang. Tiada kurang nafkah zahir dan tanggungjawab mu melainkan satu… Nafkah batinku bang…

Kamu langsung tidak pernah memberikannya padaku… Kenapa…? Apa kurangnya aku dan apa masalahmu bang…? Ceritakan padaku agar kita dapat selesaikan segalanya bersama… Kan sudah janji tiada akan ada rahsia antara kita…!”

Sebenarnya ianya panjang lagi tapi cukuplah itu sahaja yang aku berikan kerana yang lain lainnya itu hanyalah cerita tentang kisah cinta kami dan ungkit mengungkit kesalahan masing masing…

Biasalah kan, perempuan memang bijak dalam perkara itu. 100 tahun punya cerita pun masih mampu dia susun satu satu untuk kita ingat dan itulah yang membuatkan aku sayangkan isteri sku ini.

Kenapa…?

Jika kalian ingin tahu jawapannya adalah sememangnya aku tidak mampu untuk menyentuh nya kerana dia drah daging aku sendiri yang berlainan ibu dan juga taraf…!!

Allahuakbar berat sungguh ujian ku ini. Dia ibarat adik ku… Drah yang mengalir dalam drahnya sama dengan apa yang mengalir dalam tubuhku. Aku dan isteri adalah dari benih yang sama walaupun tarafnya yang berbeza.

Aku…?

Aku adalah anak haram hasil daripada benih bapanya iaitu bapa mentuaku sekarang dengan ibuku.

Bapa mentuaku seorang yang sangat di hormati oleh orang kampung. Tambahan lagi dengan pangkat Haji di depannya membuatkan dia sangat di segani.

“Ain (bukan nama sebenar), ayah Ain telah melakukan hubungan su-lit bersama ibu abang sehingga abang dilahirkan ke dunia… Abang takut untuk ‘bersama’ Ain bimbang jika perkahwinan kita tidak sah..!!’

Adakah itu jawapan yang harus aku berikan kepada luahan hati isteriku…?

Berterus terang dengannya bahawa aku adalah anak hasil daripada hubungan terlarang antara bapanya dengan ibuku mungkin nampak sangat mudah tetapi bagiku ianya ibarat meniti di bilah pedang.

Sakit dan sukarnya untuk aku lepasi hingga ke hujung…

Mungkin selepas tahu kebenarannya aku sekeluarga akan dibenci oleh keluarganya lebih lebih lagi ibu mertuaku. Mungkin juga isteri aku akan turut membenci aku dan itu adalah satu perkara yang paling sakit untukku terima kerana aku sangat menyayangi dia.

Semuanya bermula pada hari pernikahan aku… Sepatutnya pada tarikh tersebut ibu tidak dapat hadir. Mungkin sudah ketentuan Ilahi ibu hadir juga untuk melihat satu satunya anak lelaki yang dia ada mengakhiri zaman bujang.

Ketika sesi ‘batal air sembahyang’ di lakukan, ibu tiba dengan bapa tiriku. Bapa tiriku merupakan warga Singapore dan ibu terus ikut menetap di sana. Atas desakan datuk dan nenek, aku di tinggalkan di bawah jagaan mereka.

Maka membesar lah aku dengan kasih sayang datuk dan nenek ibarat menatang minyak yang penuh sehinggakan urusan merisik, meminang dan majlis kahwin aku 100% juga diuruskan oleh mereka berdua.

Berbalik pada hari perkahwinan aku…

Sedang aku bergembira meraikan hari bahagiaku, tiba tiba ibu minta izin untuk meninggalkan majlis tanpa bertemu dengan ke dua dua besannya.

Puas aku pujuk supaya mereka bertemu namun ditolak keras oleh ibu alasannya adik perempuan aku kurang sihat (asma) dan perlu segera mendapat rawatan.

Rupanya ibu ternampak gambar kahwin mentuaku yang tergantung di ruang tamu.

Malam itu, selepas maghrib ibu menghubungi aku dan menceritakan segalanya yang telah berlaku apa menyebabkan namaku berbinkan dengan salah satu nama Allah.

Jujurnya aku langsung tidak terkejut mendengar cerita ibu. Sememangnya aku sudah sedia maklum dengan taraf kelahiranku kerana nenek telah menceritakan segalanya sejak aku berusia 12 tahun lagi. Cuma aku yang tidak mahu bertanya pada ibu bimbang ibu akan lebih terluka.

Tetapi apa yang membuat aku terdiam seribu bahasa lelaki yang di maksudkan oleh ibu itu telah pun bergelar bapa mentuaku yang sah. Apa harus aku lakukan…?

Melihat bapa mentuaku ibarat aku melihat masa silam ibu. Sanggup dia meninggalkan ibu selepas berseronok dengan ibu. Sanggup dia melemparkan beberapa ratusan ringgit supaya aku di gugurkan.

Kejam nya dia kerana sanggup memuaskan nfsu serakahnya ketika isterinya sedang mengandungkan zuriatnya yang kedua iaitu kakak kepada isteriku.

Ibu yang ketika itu tidak mengetahui bahawa bapa mentuaku sudah pun beristeri dengan rela hati menyerahkan maruahnya kerana terlalu sayang.

Setelah mengetahui ibu hamil, bapa mentuaku tidak mahu bertanggungjawab lalu berterus terang dengan ibu bahawa dia telah pun beristeri.

Ibu merayu agar bapa mentuaku menerimanya dan ibu sanggup bermadu. Malang nya bapa mentuaku tidak perdulikan ibu lalu meninggalkan ibu bersama ratusan duit supaya aku digugurkan.

Lelaki itu kemudian menghilangkan diri. Tinggallah ibu bersama maruah yang telah tercalar.

Rezeki ibu mendapat seorang suami yang sangat sayangkan ibu dan menganggap aku sebagai anak kandungnya sendiri.

Dan hari ini, aku berada di dalam keluarga nya… Apa harus aku lakukan…? Aku keliru dengan status aku dan isteri… Apakah sah perkahwinan aku.. ?

Ibu sudah pun melupakan dan memaafi dia, terpulanglah padaku untuk aku selesaikannya. Ibu minta aku pergi ke jabatan agama Islam untuk bertanyakan tentang status perkahwinan aku.

Memang itulah yang sewajarnya aku lakukan tetapi aku masih tidak kuat dan belum bersedia kerana sebelum aku melangkah ke sana, aku harus berterusan terang dengan isteriku terlebih dahulu.

Segalanya telah aku cerita pada CPA. Lalu CPA meminta kebenaran untuk menulis dan menyiarkan kisahku sebagai satu iktibar kepada para pembaca.

Mungkin dengan cara ini juga aku akan dapat pandangan daripada komen dan pendapat netizen yang membacanya supaya setiap keputusan aku tidak melukakan hati sesiapa…

Sesungguhnya aku buntu bagaimana caranya untuk aku selamatkan perkahwinan aku… Apakah status hubungan aku dan isteri… Sah kah perkahwinan kami…?

Jika sah, haruskah aku berterus terang dengan isteri atau pendamkan sahaja apa yang telah berlaku dan jika tidak sah, bagaimana caranya untuk aku selesaikannya… Bantulah aku…

Kepada pembaca, sebelum kalian terfikir untuk melakukan satu dosa besar yang melibatkan orang lain contohnya seperti ziina…

Berfikir lah kalian berkali kali kerana kesannya bukan kalian sahaja yang merasainya tetapi seluruh keturunan kalian juga akan turut terpalit.

Benar, ibu dan bapa mentuaku sekarang telah bertaubat dan insaf tetapi ianya tidak mampu memadam semua dosa silam yang telah mereka lakukan kerana sehingga kini aku dan isteri turut menanggung kesannya. Jadikanlah kisahku ini sebagai iktibar buat kalian. Allahuakbar…

Reaksi Warganet

Aqilah Abdul Muhaimin –

Kesimpulan : Bapa mertuaku ialah bapaku tapi bukan bapaku kerana aku dinasabkan pada ibuku oleh kerana mereka tidak berkahwin kurang dari tempoh 3 bulan ibu mengandungkan aku.

Kalau ikut DNA adik beradik tapi ikut Islam bukan adik beradik. Rujuk lah pada yang lebih arif.

Ruzaidah Alias –

Innalillah. Besar dugaan tt, cuba buat test DNA dan pergi pejabat agama. Dapatkan kesahihan dan sekiranya perkahwinan tt tak sah bubarkan segera perkahwinan. Isthikarah samada berterus terang atau merahsiakannya lebih baik untuk kebaikan.

Hal genetik anak sekiranya sah pernikahan boleh dirujuk pada yang pakar. Semoga dipermudahkan urusan tt. Banyk banyak berdoa pada Allah supaya berlapang dada menerima ujian ini.

Pelangi Semalam –

Kenapa harus memikul beban dosa orang lain? Minta ibu dan pak mertua yang selesai kan masalah ni. Berani buat, berani tanggung! Minta dorang berterus terang dengan isteri.

Lepas tu bersama sama p pejabat agama. Kalau sah nikahnya. Tutup lah cerita. Rahsia kan dari family lain. Kalau tak sah atau isteri menolak, Maka ibu dan pak mertua yang perlu bertanggungjwb untuk menjelaskan kepada ahli keluarga lain.

Siti Faeza –

Saya faham. 1 sebab kenapa tuan tangguhkan untuk bertanya pada pejabat agama tentang status perkahwinan tuan, sebab takut jawapannya TIDAK SAH.

Tapi tuan, selagi tak selesaikan segera kedua duanya menanggung beban jiwa. Lagi cepat tuan selesaikan hal itu, lagu cepat kedua duanya boleh move on.

Dari segi bl00d, inbreed semua tu, itu boleh bertanyakan pula pada pakar (doc). Boleh buat ujian klinikal. Memang disarankan pasangan nak berkahwin buat ujian drah pun kan, untuk elak dapat anak thalasemia contohnya selain untuk H.1.V yang wajib.

Madamme Que –

Aihhh jangan tanya sini dik oi, kes berat ni. Gi tanya pejabat agama. Allahu..

At least boleh dapatkan kepastian. Kalau ada jodoh atau takde jodoh, sekurang kurangnyanya hidup tenang, tak seksa jiwa raga, tak rasa bersalah..

Lagi lama tangguh, lagi siksa mental dan fizikal keduanya. Please la rujuk pada yang pakar.

Siti Nur –

Lebih baik rujuk dengan pejabat agama. Tapi ikut apa yang saya faham. Perkahwinan awak dan isteri sah. Walaupon dari benih yang sama tapi tidak dinasabkn dengan bapa kandung awak sebab tidak sah taraf…

Dan sebaiknya perkara ini dirahsiakan dari isteri sebab akan memberi lebih banyak kesan yang buruk dari yang baik..

Kredit Penulisan: Cik Puan Ammy

Sumber : Muiz yang buntu… (Bukan nama sebenar) / IIUMC

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*