Macam Adik & Kakak, Anak Pelakon Kuza Selamat Bergelar Isteri!

 

Tanggal 20 November lalu anak kepada pelakon cantik Kuza telah selamat melangsungkan pernikahan. Majlis ijab kabul yang diadakan serba sederhana dengan dihadiri jumlah tetamu yang terhad berikutan situasi c0v1d-19 bagaimana pun berjalan lancar. Alhamdulillah!

Puteri Nazihah atau lebih mesra disapa Puteri kelihatan anggun dan berseri-seri dalam persalinan kurung rona putih, tampak sedondon di samping suami tercinta. Pada majlis pernikahan tersebut, Puteri sah bergelar isteri kepada Ahmad Shukri yang merupakan rakan baiknya. Difahamkan Puteri menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan wang tunai RM300.

Pastinya antara insan paling bahagia dan seb4k pada majlis itu ialah ibu Puteri, Kuza. Kongsi pelakon jelita ini, “Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah. Syukur… Puteri saya sudah pun menjadi isteri kepada Ahmad Shukri. Majlis berjalan dengan seperti dirancang. Hari bahagia buat Puteri Nazihah. Semoga bahagia di dunia dan akhirat.”

Pada majlis tersebut juga Kuza dan ahli keluarga terdekat mengenakan persalinan sepadan bertemakan rona champagne. Melihat penampilan Puteri yang ayu bertudung litup

semasa upacara ijab kabul menyerlahkan sisi keanggunan wanita berusia 25 tahun ini sekaligus mewarisi kecantikan ibunda tersayang. Bila bergambar berdua ibarat seperti adik dan kakak!

Solekan magis Aush Hamdan berjaya menaikkan seri wajah Puteri. Sementara busana pernikahan eksklusif ilham Azammoff juga memberi aura luar biasa kepada bakal mempelai. Foto sepanjang momen indah Puteri dan suami pula menerima khidmat jurufoto Anis Amanina.

Terdahulu, Puteri dan Ahmad Shukri melangsungkan pertunangan pada 6 September lepas. Puteri merupakan anak kedua daripada tiga beradik iaitu abangnya Nizam Firdaus kini berusia 26 tahun sementara adik perempuannya pula, Puteri Nadia berumur 15 tahun.

Sebelum majlis nikah
Waktu bertunang

Sepanjang mengenali Puteri, dia disifatkan seorang yang sopan, ramah dan bercita-cita tinggi. Usai menamatkan pengajian di Kolej Universiti Poly-tech Mara (KUPTM) tahun lepas, pencapaian Puteri dalam bidang akademik juga cukup membanggakan apabila dia menerima First Class Degree dalam bidang komunikasi korporat!

Dalam pada itu, Puteri kini sibuk menguruskan perniagaan berasaskan produk rambut dan penjagaan kulit, Eunoiaa. “Berbisnes ni dah lama dari umur 19 tahun. Tapi macam-macam dah cuba dari jual baju preloved, jual kasut, jual baju retail, sekarang keluar produk sendiri iaitu sabun dan produk rambut sebab saya minat dan guna product ni sendiri. Mulanya idea nak ada produk skincare sendiri tu lepas Puteri alami jerawat yang sangat teruk. Macam-macam dah cuba tapi tak jadi.

Sudahnya, Puteri create brand skin care sendiri khas yang tak ada alcohol, warna dan bau. Puteri juga nak create next skincare line yang tak ada bau, warna dan alcohol… pertama di Malaysia. Doakan inshaAllah soon akan ada produk baru menyusul. Setakat ni sabun untuk jerawat sahaja. Untuk rambut, Puteri sedar ramai yang pakai macam-macam produk untuk rambut tapi tak jadi. Jadi Puteri ambil keputusan deal dengan supplier yang supply barang dari luar negara dengan menggunakan formulasi Jepun yang berkualiti, menjadi dan murah.

Buat Puteri, selamat melayari alam rumah tangga dan semoga berkekalan hingga ke syurga.

Kredit foto: Instagram Puteri Nazihah

Sumber : Nona

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*