Ahli Keluarga Diraja Yang Pernah Melakukan Pekerjaan ‘Biasa-Biasa’

 

Keluarga Diraja sering mendapat perhatian masyarakat kerana mungkin ramai yang begitu kagum dengan kemewahan dan gaya hidup mereka. Namun, bukan semua keluarga Diraja mempamerkan kehidupan mewah semata-mata, malah ada juga yang lebih selesa untuk hidup bersederhana.

Kali ini, Remaja nak berkongsi antara keluarga Diraja di luar negara yang pernah melakukan pekerjaan ‘biasa-biasa’ sahaja seperti rakyat biasa.

Jom kita lihat perkongsian ini.

1. Princess Sofia dari Sweden bekerja di hospital

Puteri Sofia mempunyai keperibadian yang hebat. Beliau mengambil jurusan perakaunan dan specialized in business development. Selain daripada itu, beliau juga instructor yoga dan pernah bekerja di New York. Tidak lama dulu, Puteri Sofea pernah menjadi sukarelawan untuk meringankan beban pekerja professional dalam bidang kesihatan dan perubatan.

 

Kredit foto: hellomagazine.com
Dia telah menghadiri kursus latihan secara online untuk membantu sebuah hospital di Stockholm. Dia memberi bantuan kepada doktor dan jururawat daripada segi kerja pembersihan, kerja-kerja dapur dan membasmi kuman.

2. Prince William sebagai juruterbang ambulans

Prince William memutuskan untuk memilih bidang ketenteraan sebagai kerjaya dan ia adalah pekerjaan yang berbahaya untuk keluarga diraja. Beliau menyertai latihan dengan Tentera Laut Diraja dan Tentera Udara Diraja.

 

Kredit foto: nbcnews.com
Selepas berkhidmat dengan Tentera Udara pada tahun 2014, William menerima peranan sepenuh masa sebagai juruterbang ambulans. Jawatan itu dibayar, namun beliau menyumbangkan gajinya kepada badan amal.

3. Princess Charlene dari Monaco sebagai perenang profesional

Dilahirkan di Zimbabwe, Puteri Charlene memulakan kerjayanya sebagai perenang pada tahun 1996 di Kejuaraan Afrika Selatan. Beliau juga pernah mewakili Afrika Selatan di Olimpik Sydney pada tahun 2000 tetapi selepas 7 tahun, beliau bersara kerana kec3deraan bahu.

 

Kredit foto: swimhistory.co.za
Kini, Charlene mengadakan pertemuan dengan atlet Paralimpik dan mengunjungi pusat pemulihan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.

4. Princess Charlotte dari Hanover bekerja sebagai penulis penerbitan

Bukan hanya cantik, puteri ini juga sering memberi sumbangan kepada masyarakat dan beliau merupakan penulis dan editor majalah yang diterbitkan. Beliau merupakan editor bagi majalah Above pada tahun 2009.

Kemudian, beliau meninggalkan peranan ini untuk menumpukan pada penubuhan projek-projek berkaitan ekologi dan fesyen. Pada tahun 2009, Charlotte mengumumkan bahawa beliau ingin menerbitkan 3,000 salinan Ever Manisfeto yang mengungkap bagaimana industri fesyen mempunyai kesan berbahaya terhadap persekitaran global.

 

Kredit foto: The New York Times

5. Princess Mary dari Denmark sebagai pengurus akaun dan guru

Ayahnya merupakan seorang professor akademik & Matematik, maka tidak hairanlah sekiranya beliau mempunyai bakat yang sama. Pada tahun 1998, setelah ibunya meninggal dunia, belia mengundurkan diri dari jawatan pengurus akaun dan berhijrah ke Amerika dan Eropah. Beliau mengajar bahasa Inggeris di sebuah business school di Paris.

Setelah berpindah semula ke Denmark, beliau bekerja sebagai perunding projek untuk bahagian komunikasi dan pemasaran.

 

Kredit foto: hellomagazine.com

6. King Willem-Alexander dari Belanda bekerja sebagai juruterbang

Semasa Raja Willem-Alexander masih muda, beliau berkhidmat di Royal Netherlands Navy. Williem-Alexander adalah juruterbang dan beliau mengakui sekiranya beliau bukan seorang raja, beliau ingin menjadi juruterbang syarikat penerbang untuk terbang ke luar negara dengan pesawat yang bersaiz besar.

 

Kredit foto: CNN

7. Prince Nikolai dari Denmark merupakan seorang model

Nikolai adalah anggota kelaurga diraja Denmark yang berusia 21 tahun. Beliau menemui minatnya pada tahun 2018 dan mula berkerja sebagai model fesyen. Beliau membuat penampilan sulung di London Fashion Week dan membuat pertunjukan fesyen di Dior Homme 2020 baru-baru ini.

Kredit foto: wonderlandmagazine.com

8. Prince Joachim dari Belgium sebagai pegawai Tentera Laut

10 tahun yang lalu, Putera Joachim menjalani kursus latihan tentera sukarelawan dan kemudian menamatkan pendidikannya di Nautical School di Bruges untuk menjadi pegawai di Tentera Laut Belgium.

 

Kredit foto: loveinc.com
Boleh dikatakan kebanyakan keluarga Diraja tidak kiralah di luar negara atau negara kita sendiri, memang merendah diri dan sentiasa dijadikan inspirasi buat masyarakat sekeliling. Salute!

Sumber: brightside.me

Dilahirkan dalam keluarga diraja bukanlah sesuatu yang diminta, dan juga bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun banyak kelebihan yang diterima, namun tanggungjawab dan protokol yang perlu dilalui sangatlah mencabar.

Info Mengenai Kerabat diraja

Kerabat diraja adalah keluarga terdekat raja atau ratu memerintah, dan adakalanya keluarga besar baginda. Istilah keluarga imperial sesuai menggambarkan keluarga maharaja atau maharani, dan istilah keluarga paus memerihalkan keluarga seorang paus, manakala istilah keluarga comital, keluarga ducal family, keluarga grand ducal, atau keluarga princely adalah lebih sesuai untuk menggambarkan saudara-mara seorang count, duke, grand duke atau putera yang memerintah. Walau bagaimanapun, dalam istilah biasa, mana-mana ahli keluarga yang memerintah oleh hak turun-temurun sering dirujuk sebagai “kerabat diraja.” Ia juga adalah adat dalam beberapa kalangan untuk merujuk kepada hubungan jauh raja yang digulingkan dan keturunan beliau sebagai keluarga diraja. Dinasti kadang-kadang dirujuk sebagai “Dewan …”.

Sehingga Julai 2013, terdapat 26 monarki berdaulat aktif di dunia yang memerintah atau memerintah 43 negara.

Ahli-ahli kerabat diraja

Sebuah kerabat diraja biasanya termasuk isteri kepada raja yang memerintah, pasangan kepada raja yang telah meninggal dunia, anak-anak, cucu, abang, kakak, dan sepupu sebelah bapa raja yang memerintah, serta pasangan mereka. Dalam beberapa kes, ahli kerabat diraja boleh meliputi cicit dan keturunan yang lebih jauh daripada seorang monark.

Dalam monarki tertentu di mana penurunan takhta secara sukarela adalah perkara biasa, seperti Belanda, kerabat diraja juga boleh termasuk satu atau lebih bekas monarki.

Biasanya terdapat perbezaan antara mereka yang berdarah diraja dan orang-orang yang berkahwin dengan keluarga diraja. Dalam keadaan tertentu, keluarga diraja ditakrifkan oleh yang memegang gaya Yang Teramat Mulia dan Duli Yang Maha Mulia.

Dalam kebanyakan sistem, hanya orang dalam keluarga kecil tahap pertama adalah dinas, iaitu, bakal pengganti takhta (melainkan jika ahli keluarga tahap kedua juga mempunyai hak takhta dalam hak mereka sendiri, kejadian yang kerap berlaku dalam keluarga diraja yang sering berkahwin campur).

Perkara ini tidak sentiasa diperhatikan; beberapa monarki telah dikendalikan oleh prinsip jure uxoris.

Di samping itu, saudara-mara tertentu kepada raja (melalui darah atau perkahwinan) mempunyai keistimewaan khas dan tertakluk kepada undang-undang tertentu, konvensyen, atau adat istimewa. Fungsi tepat sebuah keluarga diraja berbeza-beza bergantung kepada sama ada tatanegara berkenaan adalah monarki mutlak, raja berperlembagaan, atau di antara kedua-duanya.

Dalam monarki tertentu, seperti yang terdapat di Arab Saudi atau Kuwait, atau dalam sistem politik di mana raja yang sebenarnya menjalankan kuasa eksekutif, seperti Jordan, bukanlah perkara luar biasa untuk ahli-ahli kerabat diraja untuk memegang jawatan penting kerajaan atau ketenteraan.

Dalam kebanyakan monarki berperlembagaan, bagaimanapun, ahli-ahli kerabat diraja melaksanakan fungsi awam, sosial, atau upacara tertentu, tetapi mengelakkan diri daripada sebarang penglibatan dalam politik pilihan raya atau tadbir sebenar negara.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*