“Air Mata Gvgur…” – Siti Sarah Tak Tahan Sebak, Menangis

Pnyanyi Siti Sarah tidak dapat menahan sebak apabila air matanya gvgur ketika sidang media lagu terbaharu duet bersama Hazama berjudul Terakhir Buat Teman.

Sidang media yang berlangsung pada Rabu (2 Disember 2020) secara virtual dengan pemantauan Dana Kandungan Digital (DKD) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) itu menyaksikan Sarah berkali-kali menahan air mata sewaktu menceritakan mengenai lagu tersebut.

“Arwah sahabat baik saya… Memang saya antara orang paling terkesan bila Allahyarham Lok U meningg4l dunia. Kami pernah jamming sama-sama untuk menyudahkan lagu yang dituju buat dua rakan-rakan yang lain.

“Tapi akhirnya dia pergi tanpa pesan. Saya bersyukur kerana ramai rakan-rakan. Allahyarham mahu turun padang dan menyiapkan juga karya ini. Setidaknya saya mampu tersenyum apabila hasratnya untuk menghasilkan lagu disambung oleh yang lain,” kata Sarah.

Bagi Hazama pula, ini merupakan satu penghormatan kepadanya apabila diberikan kepercayaan membawakan Terakhir Buat Teman bersama Sarah meskipun dia tidak bersama dalam proses pra pembikinan.

“Allahyarham Lok U pernah beri saya dengar melodi lagu yang katanya dibuat khusus untuk arwah Kelly dan Aji. Saya kata ini muzik yang baik dan saya mahu menyanyikan.

“Tak sangka pula karya tersebut tidak disiapkan sepenuhnya. Apa-apa pun saya bersyukur kerana pada akhirnya rezeki dapat berduet dengan Sarah melalui karya besar ini,” ujarnya.

Di sini Gempak kongsikan momen-momen sebak Sarah ketika sidang media berlangsung.

Untuk info:

Terhasilnya lagu Terakhir Buat Teman nyanyian Sarah dan Hazama juga bukanlah sesuatu yang dirancang. Melodi indah yang diciptakan oleh Allahyarham Lok U atau nama sebenarnya Faizal Uzir adalah untuk mengenang kedua orang sahabatnya yang pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu.

Sempat memetik piano menghasilkan bait-bait indah bersama Siti Sarah, lagu tersebut pada dasarnya diciptakan oleh Lok U bersama Aji sebagai tanda mengenang Allahyarham Kelly yang terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka. Tidak sempat lagu tersebut disiapkan, Aji pula menyusul mengikut Kelly bertemu Sang Pencipta.

Mencari kekuatan, Lok U cuba sedaya upaya menyiapkan lagu tersebut yang dirancang akan dinyanyikan oleh Sarah namun dia juga pulang ke negeri abadi pada tanggal 22 Januari 2020.

Justeru itu, Indigital Music memainkan peranan menyiapkan lagu ini atas dasar ingin meneruskan niat Allahyarham. Berbekalkan semangat persaudaraan, lagu ini akhirnya diteruskan proses pembikinan oleh Genervie dengan bantuan Emi gitarist yang juga protege kepada Allaryarham Aji.

Tidak hanya mereka berdua, beberapa pemuzik yang rapat dengan ketiga-tiga Allahyarham turut menyumbangkan idea dan khidmat bagi menyiapkan lagu ini.

Tiada siapa yang menolak saat diberikan tawaran terlibat sama dengan pembikinan lagu ini. Bagi mereka ini adalah tanda mata mereka buat rakanrakan yang sudah tiada.

Dengan alunan indah yang sudah terhasil, lirik Terakhir Buat Teman dikarang indah oleh Iman Imran yang juga mengenali ketiga-tiga mereka.

Bagai menyudahkan sebuah janji, lagu ini akhirnya dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2020.

Video Terakhir Buat Teman boleh ditonton melalui saluran YouTube Indigital Muzik dan lagu ini juga boleh didengar melalui semua platform digital.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : GEMPAK

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*