“i-Happy atau i-Kec3wa?” – KWSP Umum Dua Kategori Layak Mohon SKlM i-Sinar, Berikut Antara Perinciannya

 

Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dua kategori yang membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon sk!m i-Sinar.

Kategori 1.

Menurut Sinar Harian, KWSP dalam kenyataan mereka berkata, kategori 1 meIibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekon0mi gig, sudah lama tidak mencarum, hiIang pekerjaan, suri rumah atau diberi notis cuti tanpa gaji. 

Kriteria adalah seperti berikut:

  • Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
  • Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengaIami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas selepas 1 Mac 2020.

Mereka bagi kategori ini tidak perlukan surat sokongan, kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui, isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran bagi yang layak akan dibuat dari pertengahan Januari 2021. 

Kategori 2

Bagi kategori 2 pula, ia adalah untuk pemohon yang masih bekerja tapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020 yang mana pengurangan itu dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Dokumen yang diperlukan:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan, dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tak boleh dikemukan, dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian mulai 11 Januari 2021.

 

Antara perkara yang korang perlu take note sebelum membuat permohanan dan melancarkan permohonan tersebut ialah:

  • Pastikan anda telah mendaftar i-Akaun 
  • Pastikan nombor telefon bimbit anda dikemaskini di kios atau cawangan KWSP 
  • Pastikan akaun bank milik anda aktif. 

“i-Happy atau i-Kec3wa?” 

N0tis pengumuman KWSP mengenai permohonan i-Sinar tersebut kemudian mendapat perhatian bekas Perdana Mnteri, Datuk Seri Najib Razak di Facebook yang seterusnya bertanyakan reaksi netizen atas kelayakan yang diumumkan KWSP tersebut.

Rata-rata netizen nampaknya memberi jawapan berbelah bahagi yang mana kebanyakannya kec3wa kerana tidak layak memohon i-Sinar.

Kepada mereka yang tidak layak tu, bertabahlah…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber LM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*