Ustaz Abu Syafiq Tidak Menghina Ebit Lew Dan Jatuhkan Kafiir Kepada Dr Zul. Abu Syafiq Keluarkan Satu Surat Akuan

 

Pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaitkan dirinya dengan pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menerusi sekeping surat akuan berkanun, Abu menyatakan dia tidak pernah menghukum sesat atau menghukum kafir ke atas Zulkifli.

Dr Zulkifli sedia jumpa Ebit Lew | Harian Metro

Malah tegas Abu, dia tidak mengh1na kerja amal baik yang dilakukan oleh Ebit.

“Saya lakukan Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa pihak yang menggunakan akaun palsu serta pihak yang tidak bertanggung jawab terus memfitn4h saya.

“Pemfitn4h telah memfitn4h saya kononnya saya mengh1na kerja amal Ustaz Ebit Lew dan kafirkan beliau serta Menteri Agama. Wallahi demi Allah itu adalah fitn4h yang berat.

“Saya tidak pernah h1na kerja amal Ustaz Ebit Lew dan tidak pernah kafirkan beliau dan Menteri Agama. Itu fitn4h jah4t ke atas saya,” dedahnya.

Tambah Abu, laporan polis serta aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah dibuat ke atas individu yang cuba menjatuhkan reputasi dirinya.

“Saya sudah buat laporan polis, aduan ke SKMM, tindakan saman mahk4mah ke atas beberapa pihak yang saya kenali namun akaun yang palsu serta laman yang tidak dikenali saya belum dapat membuat tindakan dalam kadar segera sedangkan fitn4h ini berluas-luasan.

“Semoga Allah membalas para penfitnah dengan balasan segera dan setimpal,” tulisnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Gempak/http://transformasi.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*