Ramai Ucap Tahniah, Siti Sarah Hamil? Ini Pengakuan Empunya Badan

 

Gara-gara mengalami perubahan fizikal yang semakin kelihatan berisi, penyanyi Siti Sarah dihujani ucapan tahniah kerana disangka hamil.

Malah, suaminya yang juga penyampai radio Hot FM, Shuib turut membeli ujian kehamilan bagi membuktikan perkara itu.

Mengenai perubahan berat badannya hingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat, penyanyi lagu Manis itu menjelaskan ia berpunca kesan perubahan hormon serta pengambilan ub4t-ub4tan sejak dua tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Sarah muncul dengan single duet bersama Hazama, Terakhir Buat Teman.

Melodi indah yang diciptakan Allahyarham Lok U atau nama sebenarnya Faizal Uzir pada awalnya adalah untuk mengenang kedua orang sahabatnya yang pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu.

Lagu hasil ciptaan Lok U bersama Aji sebagai tanda mengenang Allahyarham Kelly yang terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Pun begitu, lagu itu tidak sempat disiapkan apabila Aji meningg4l dunia dan Lok U ketika itu cuba menyiapkan lagu berkenaan, namun dia juga meningg4l dunia pada 22 Januari lalu.

Seterusnya bersama Indigital Music, proses pembikinan diteruskan Genervie bersama pemain gitar, Emi, manakala lirik oleh Iman Imran.

Pada majlis pelancaran single itu, Sarah dilihat terlalu sebak mengenangkan kisah persahabatannya bersama Allahyarham Lok U.

Menurut Sarah, dia terp4ksa mencari kekuatan untuk terus menyanyikan lagu itu yang mana dia enggan meletakkan sepenuh perasaannya kerana khuatir tidak dapat meneruskannya.

 

“Memang saya antara orang paling terkesan apabila Lok U meningg4l dunia. Kami pernah ‘jamming’ sama-sama untuk menyiapkan lagu yang ditujukan buat dua rakan yang lain.

“Tapi akhirnya dia pergi tanpa pesan. Saya bersyukur kerana ramai rakan Allahyarham mahu turun padang dan menyiapkan juga karya ini. Setidaknya saya mampu tersenyum apabila hasratnya untuk menghasilkan lagu disambung oleh yang lain,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

 

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*