Siap Promote Gerai & Minum Air Kelapa Tepi Jalan -Pemangku Raja Pahang

Pemangku Raja Pahang yang juga merupakan Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sering berk0ngsi aktiviti beliau bersama rakyat sehingga menjadikan Tengku seorang Putera Mahkota yang sangat disayangi dan disenangi masyarakat.

Terbaharu, menerusi muat naik di akaun instagramnya, Tengku Hassanal telah memuat naik sekeping gambar baginda yang sedang duduk di sebuah gerai air kelapa di tepi jalan.

Malah, muat naik ini nampaknya menerima lebih dari 6,300 tanda suka.

Part Time Job…

Berusia 25 tahun, pemangku Raja ini turut berseloroh menerusi muat naik di instagram story miliknya dengan mengatakan baginda sedang melakukan kerja sambilan di gerai menjual air kelapa yang terletak di Felda Bukit Goh.

Always My Favourite Prince…
Anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini merupakan putera yang berjiwa rakyat seperti ayahanda dan bonda baginda.

Bak kata pepatah, “Mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi” kan?

Kehadiran Tengku juga sentiasa mendapat sambutan ramai terutamanya dari rakyat negeri Pahang.

Terdahulu, Tengku Hassanal Shah telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari 2019 dan kini juga menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. – Sumber & foto dipetik dari Xtra, Instagram

Sumber:Ihangat

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*