iap hari hidangannya perlu ikut tema, Aqif si remaja unik… bukan h1per tingkah laku tapi fikiran – “Tahu ‘Exit’ maksud keluar tapi tak kenal huruf”

 

SEPERTI yang kita sedia maklum, kanak-kanak yang didiagn0s menghidap aut1sme, disl3ksia juga Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) akan mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.

Seorang wanita yang berasal dari Miri, Sarawak, Gassatinah Jaujie atau lebih mesra disapa Mummy berkongsi cerita mengenai seorang remaja berusia 13 tahun yang mengh1dap Multiple Disorder.

Bercakap kepada mStar, wanita berusia 58 tahun itu berkata, anak angkatnya, Aqif Shairazee Abdul Rashid itu mempunyai keistimewaan luar biasa dari segi cara pemikirannya sehinggakan dia dilabelkan sebagai orang yang unik dan kreatif.

Dek kerana hanya tinggal berdua bersama Aqif di rumah, wanita itu berkata, dia memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perkembangan Aqif, sekaligus memudahkan untuk dia menunaikan permintaan anak istimewanya itu.

“Aqif adalah anak kepada adik saya yang diamanahkan kepada saya untuk menjaga sejak dia berumur tiga puluh hari lagi.

“Saya mulanya tidak tahu anak ini menghidap aut1sme sehingga usianya tujuh tahun.

“Walaupun dia menghidap Mult1per Dis0rder, hanya disl3ksia yang sehingga hari ini menjadi kelmahan utamanya.

“Saya boleh katakan anak angkat saya ini sangat unik dan istimewa, kerana dia tidak seperti kanak-kanak aut1sme yang lain. Tahap pemikirannya seperti rasa ingin tahu itu sangat tinggi,” ujarnya.

Aqif bersama Mummy di Rumah Terbalik, Melaka.

Bercerita lanjut Mummy berkata, berbanding dengan kanak-kanak aut1sme yang lain, Aqif mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi kepada benda-benda plik dan itu salah satu yang menyebabkan dia sukar untuk tidur.

Lebih unik lagi, Aqif mula mengenai perkataan dari huruf. Baru tahun ini anak istimewa itu kenal huruf dan dapat membaca, sebelum ini dia tahu maksud perkataan tetapi tidak tahu huruf.

“Anak saya ini bukan hiper dari segi perangai tetapi pemikiran. Dia suka bertanya sesuatu yang luar dari kotak.

“Kadang-kadang Aqif akan bertutur dalam bahasa asing seperti Itali, German dan sebagainya. Kalau baca pula dia langsung tidak boleh baca Melayu tapi bahasa Inggeris sahaja.

“Dulu lagi pel1k, dia tahu maksud perkataan contoh papan tanda ‘Exit’ dia tahu itu maksud keluar tetapi jika ditanya huruf satu-satu dia tidak tahu,” jelasnya.

Aqif turut berbakat dalam bidang seni lukis.

Wanita ini turut berkongsi pengalaman dalam usaha menyediakan makanan kepada Aqif yang sukar untuk makan makanan sbarangan.

Setiap hidangan makanan Aqif perlu mengikut tema yang ditetapkan oleh anak istimewa itu.

“Sejujurnya saya berasa gembira dalam menyediakan makanan untuk Aqif, kerana dari situ juga saya belajar banyak perkara.

“Sebelum ini Aqif langsung tidak makan nasi, sejak umur sembila tahun baru mula makan nasi.

Kadang-kadang Aqif akan bertutur dalam bahasa asing seperti Itali, German dan sebagainya. Kalau baca pula dia langsung tidak boleh baca Melayu tapi bahasa Inggeris sahaja.

GASSATINAH JAUJIE

IBU ANGKAT

“Selalunya Aqif akan menetapkan tema untuk hidangannya seperti tema bunga, tema coral dan sebagainya.

“Bagaimanapun, saya masih boleh berunding dengan Aqif sekiranya tema makanan yang dia mahu tidak dapat saya tunaikan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, remaja istimewa itu juga dikurniakan kebolehan dan bakat yang luar biasa dalam melukis.

Lukisan Aqif juga pernah di pamerkan di beberapa tempat seperti di Universiti Malaya, pameran ABLE dan di Pustaka Miri.

Mummy menyediakan hidangan buat Aqif mengikut tema.

Bagi mengasah bakat Aqif dalam bidang yang diminatinya, Mummy menghantarnya mengikuti kesan kelas piano dan melukis setiap minggu.

Mummy yang mempunyai dua anak kandung iaitu Aimi Shaira, 34, dan Afiq Shairazi, 29, menganggap Aqif sebagai anugerah Allah kepadanya.

Kehilangan suami setahun yang lepas membuatkan Mummy lebih kuat apabila didampingi anak istimewa ini.

Sumber: Mstar via kaki jalan

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*