Dayah Bakar K0ngsi Perkembangan Anak Dengan Suami Hanya Menerusi ‘Vide0 Call’

 

Kisah perjuangan pengacara televisyen, Dayah Bakar yang mengharungi proses kehamilan tanpa kehadiran suami disisi kerana tugas membuatkan ramai warganet terharu.

Walaupun terlihat ceria, namun jauh disudut hatinya pasti sayu kerana momen bermakna tersebut tidak dapat dirasai bersama suami yang jauh beribu kilometer di Australia kerana tuntutan tugas.

Sedar tidak sedar, sudah empat bulan pengacara tersebut melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri. Namun, suaminya, Muhammad Hanif Hamidi hanya mampu melihat anak mereka membesar menerusi panggilan video sahaja.

Dalam perkongsian terbaru Dayah di Instagramnya, dia telah berkongsi momen bayi tersayang berkomunikasi dengan bapanya menerusi panggilan video.

Dalam rakaman tersebut, Dayah berkongsi perkembangan anaknya yang sudah mampu meniarap dan memusingkan badan. Dapat dilihat Muhammad Hanif begitu teruja melayan anaknya yang setia berada di hadapan skrin telefon.

Menerusi kapsyen yang ditulis Dayah, dia memberitahu sebelum ini bayi lelakinya sudah mulai mencuba untuk berguling.

Jadi, suaminya memberi sokongan  menerusi panggilan video agar dapat melihat sendiri anaknya yang semakin aktif itu.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen positif kepada Dayah di Instagramnya.

Masing-masing memberi semangat agar pasangan ini tabah menjalani hubungan secara jarak jauh dan terus bersemangat membesarkan anak lelaki mereka bersama-sama nanti.

 

Sumber: Dayah Bakar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*