Sambut Anniversary Ke-5, Marsha Dedah Punca Gambar Suaminya Jarang Ada Di Instagram

Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh meraikan ulang tahun perkahwinannya yang kelima dalam satu majlis yang diadakan lebih awal malam tadi. Menurut Marsha, 35, sambutan tersebut terpaksa diawalkan berikutan terikat dengan jadual kerja.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Shaiful Nizam pada 31 Disember 2015.

“Kami adakan lebih awal makan malam bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang sepatutnya pada 31 Disember sebab Marsha ada penggambaran ketika itu.

“Dia memahami dan dia okay walaupun lagi beberapa hari ulang tahun tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam entri tersebut, suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail dilihat tersipu-sipu ketika meraikannya bersama ahli keluarganya yang lain. Bahkan, Marsha turut mengakui sepanjang hidup bersama, dirinya kurang berkongsi gambar suaminya di Instagram.

Bukan sengaja, sebaliknya, kata Marsha hal itu berikutan sifat pemalu yang ada pada suaminya sehingga bertindak memadam foto-foto yang sudah dimuat naiknya.

“Ni lah perangai dia, demi sekeping gambar. @sepol_ali pemalu sebab tu lah susah nampak dia dalam Instagram saya. Kalau post pun, kalau dia rasa tak okay, kejap lagi dia padamlah tu sewaktu saya tengah leka.

“Lepas tu, dia tak romantik, tengoklah, duk tepis-tepis tangan, tapi bini pula macam kucing, nak tak nak dia reda,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan)

Di ruangan komen, rata-rata melayangkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut yang sudah berjaya mengharungi kehidupan berumah tangga selama lima tahun.

Sumber: Gempak, Ig @marshamilan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*