Dikec4m kerana berniaga pisang , ini respon bijak pelakon Saharul Ridzwan

 

Pelakon Saharul Ridzwan meluahkan rasa terkilannya dengan sikap sesetengah individu yang memandang rendah dengan caranya mencari rezeki iaitu menjual pisang di gerai.

Saharul menerusi Instagram menegaskan bahawa apa juga usaha yang membawa rezeki halal tidak patut dipandang rendah.

“Lagi berapa jam saja nak masuk 2021. Apa masih ada ke pemikiran begini? Tak apalah. Asal barang jadi rezeki, rezeki halal. Kita usaha ke arah itu,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, Saharul turut berkongsi tangkap layar mesej yang diterima daripada individu tidak dikenali.

“Dah tak ada ‘job’ (tawaran berlakon) sampai jual pisang. Tak malu ke jual dekat gerai macam tu? Kalau I artis, I tak jual dekat gerai macam tu,” tulis individu itu.

Juga tidak melatah dengan kec4man tersebut,Saharul megaggap kenyataan individu tersebut menaikkan lagi semangat nya untuk berniaga.

Hantaran itu mendapat hampir 8,000 tanda suka di samping ratusan komen daripada netizen.

Kagum dengan semangat Saharul. Buatlah apa kerja pun, janji halal.

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*