Pasangan selebriti, Nabil Mahir, 33, dan Ayda Jebat, 29, selamat diijabkabulkan dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini.
Nabil atau nama penuhnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir menyempurnakan kabul dengan sekali lafaz yang disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Rozimi Zamri sekitar pukul 3.30 petang.
Pernikahan itu disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan abang ipar kepada Nabil, Wan Jean Basri Wan Othman.
Pasangan ini merupakan pasangan artis pertama yang membuka tirai perkahwinan selebriti tanah air bagi kalendar 2021.
Majlis yang mengikut norma baharu itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Pada 28 April lalu,pasangan selebriti ini melangsungkan majlis pertunangan secara dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
Tahniah Ayda Jebat dan Nabil!
Sumber:Awani
Leave a Reply