“Bapa ‘Upin & Ipin’ Meningg4l Dunia, Al-Fatihah

Bapa kepada pelakon suara bagi watak Upin & Ipin, Asyiela Putri, iaitu Azhar Ahmad dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 4.00 pagi tadi.

Perkhabaran sedih tersebut dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi syarikat penerbitan dan studio animasi, Les’ Copaque.

 

“Ayah kepada Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin iaitu En. Azhar Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 4 pagi tadi.

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat,” tulis pengendali akaun tersebut.

Dalam pada itu, pengendali akaun tersebut berharap agar orang ramai dapat mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah selain turut berharap agar Asyiela dan juga keluarga tabah menghadapi dugaan ini

Untuk rekod, Asyiela telah memulakan kariernya sebagai palakon suara bagi watak ikonik Upin & Ipin sejak tahun 2010 bagi menggantikan pemilik suara asal Nur Fathiah Diaz.

Sumber: Twitter Les’ Copaque via MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook SATKOBAVIRAL.COM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*