“Dah Selamat Sampai Kuarantin Dulu..” Dayah Bakar Tiba Di Australia, Suami BakaI Disatvkan Dengan Anak Buat Kali Pertama

 

Bagaimanakah perasaan seorang isteri apabila terpaksa tingg4l berjauhan dengan suami tercinta selama bertahun lamanya? Rindu, sedih, senang kata perasaan itu tidak dapat diucapkan dengan perkataan. Apatah lagi, bila suami merantau jauh di negara orang demi mencari sesuap rezeki buat anak-anak dan isteri tersayang.

Begitulah apa yang dialami oleh seorang personaliti TV ini yang terpaksa berkorb4n membesarkan anaknya seorang diri di tanah air sementara melepaskan suaminya pergi menjalankan tanggungjawab terhadap negara di perantauan.

Personaliti TV Nur Hidayah Abu Bakar, atau lebih dikenali sebagai Dayah Bakar sudah setahun tingg4l berjauh4n dengan suaminya, Kapten Hanif Hamidi yang ditugaskan untuk berkhidmat di Australia.

Menjengah ke laman sosial Instagram milik peminatnya Dayahlova, semalam personaliti berusia 32 tahun itu bersama anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri menaiki penerbangan ke Australia untuk menetap bersama suaminya di sana.

Malah, ini merupakan kali pertama Kapten Hanif bertemu anaknya kerana Dayah tidak pernah berjumpa dengan suaminya langsung sejak awal kehamil4n sehingga Fahri sudah berusia empat bulan.

Selain itu, ahli keluarga pengacara Borak Kopitiam TV3 itu turut hadir mengiringi Dayah dan Fahri sebelum mereka berlepas ke Australia.

Menerusi kapsyen pada posting video tersebut, para peminat mendoakan semoga Dayah dan Fahri selamat tiba di Australia dan menikmati masa sewaktu berada di sana.

Posting berkenaan turut menimbulkan rasa seb4k dalam kalangan warganet setelah menyaksikan momen terakhir antara Dayah dan Fahri sebelum berjauhan dengan ahli keluarga.

Terdahulu, dia melangsungkan perkahwinan dengan Kapten Hanif Hamidi pada tahun 2018 dan dikurniakan cahaya mata lelaki tersebut.

 

Sumber: Instagram dayahlova , Farra Zahari , Dayah Bakar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*