
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli memasak juadah tengahari untuk mngsa banjir di PPS Dewan Orang Sri Damai, Kuantan hari ini.
Menerusi laman Instagram Istana Negara berkongsi satu video dimana Raja Permaisuri bersingsing lengan baju sibuk menyiapkan juadah makan kepada mngsa banjir.
Sudah menjadi kelaziman bagi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan baju menyediakan makanan kepada mngsa banjir di negeri Pahang
Pada hari ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan dan meluangkan masa memasak bersama para petugas di PPS tersebut
“Sentuhan air tangan Raja Permaisuri Agong ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mngsa bnjir dan golongan yang memerlukan bantuan.”
Seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di PPS ini setelah kediaman mereka telah dilnda banjir akibat hujan berterusan sejak hari Sabtu lalu.
Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar benc4na banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga meng0rbankan ny4wa dan harta benda.
View this post on Instagram
Sumber Istana Negara,Bernama via SiakapKeli
Leave a Reply