Pelajar JuaI Barang2 Online Cari Modal Buka Francais J&T Sendiri Di Usia 24 Tahun

 

Pepatah Melayu “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” merupakan salah satu nasihat yang sangat berguna untuk memacu semangat bagi terus berusaha.

Hal ini kerana bukan mudah untuk mengejar sesuatu yang diimpikan namun perkara tersebut tdak mustahil boleh dicapai andai mempunyai usaha yang gigih.

Pencapaian diusia 24 tahun

Jadi, menerusi muat naik seorang pengguna Twitter dengan nama akaun iphonebylep, dia telah berkongsi kejayaannya membuka francais perkhidmatan kurier, J&T pada usia 24 tahun.

JuaI macam2 barang online cari modal

Menurut pemuda tersebut, dia berjuang hampir empat bulan menguruskan segala keperluan sebelum membuka perniagaan itu disamping bergelar pelajar yang perlu mengikuti kuliah secara atas talian pada masa ini.

Lebih membanggakan, kejayaan membuka francais khidmat kurier itu adalah atas usahanya sebelum ini yang bertungkus-lumus mencari duit dengan menjuaI pelbagai barangan secara atas talian.

Walaupun francais yang dibuka bukanlah untuk perkhidmatan penghantaran kerana lebih menjurus kepada tempat penurunan barang, namun ia tetap memerlukan sejumlah modal yang agar besar untuk membukanya.

Doakan dapat selesai belajar

Pemuda tersebut juga bersedia untuk berkongsi kepada semua bagaimana cara untuk membuka francais J&T pada masa akan datang kerana sekarang dia sedang sibuk dengan pembelajarannya.

Di akhir posting tersebut, iphonebylep meminta agar orang ramai dapat mendoakan kejayaannya dalam pembelajaran dan perniagaan kerana bergelar pelajar tahun akhir dalam bidang landscape architecture bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi ketika pndemik ini.

Tahniah bro! Goodluck study too

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pos1tif kepada pemuda itu dengan mengucapkan tahniah serta memberinya semangat agar terus berjaya.

Mereka juga berharap supaya pengguna Twitter tersebut diberi rezeki yang murah dan dipermudahkan segala urusan pada masa akan datang.

Kredit: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*