Ika Nabella Bersama Neelofa Tarik Perhatian, Sekali Kongsi Doa Untuk Dapatkan Zur1at

 

Pelakon manis yang sering berkongsi tentang perkembangan terbaharu anaknya di laman Instagram, iaitu Ika Nabella baru-baru ini telah menghadiri sebuah kelas agama yang dianjurkan oleh salah seorang selebriti terkenal, iaitu Neelofa dan Ustazah Noni.

Ceramah yang dihadiri oleh Ika itu dilihat membahaskan topik tentang “Anak & Harta adalah UJIAN” dan turut dihadiri oleh beberapa rakan artis yang lain seperti Wany Hasrita dan Amira Othma

Mengakui terkesan dengan kelas yang dihadiri, Ika turut berkongsi apa yang dipelajarinya menerusi foto bersama Neelofa yang di muat naik di laman Instagram miliknya ;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BF EXPERT – MAMIKA INNATE (@ikanabella)


Hantaran yang di muat naik itu turut ditulis dengan kapsyen panjang dan membuka mata ;

“Anak & Harta adalah UJIAN”

Allah SWT tengah uji Mommy..

Dulu I pernah share on my igtv my ttc journey.

How I change my doa untuk ada zur1at sendiri,

sebab I rasa doa I sebelum tu tak lut.

Salah I. I doa nak ada anak ja,

I tak explain kt Allah pun pasaipa I nak ada anak..

bila I habaq kt Dia niat I kenapa I nakkkk sangat ada zur1at.. Alhamdulillah dia bagi @muhammadnoahzayn..

& harini Ustazah bagitau “Anak & Harta adalah Ujian”

so lani I dlm ujian Allah, takut tapi mmg bukak mata..

Bila ada anak mai rezeki kot lain pulak, mencurah curah hat kita mintak hat kita tak mintak semua dapat. Dia tgh dok uji ni.. adakah sejak ada zuriat, Mommy makin dekat or makin jauh.. seram kan?

Thanks to Ustazah Noni 🙏🏻 & @neelofa for having me & the rest,

MashaAllah you’re one of the kind”

Menurut Ika, dia pernah berdoa mahu mempunyai zur1at sendiri akan tetapi, tiada apa yang berlaku kerana seolah-olah doanya ‘tidak cukup didengari’.

Mengambil langkah menukar cara berdoa dengan lebih jelas dan terperinci, Ika memberitahu bahawa beliau berdoa dan mengadu kepada Allah SWT, kenapa dirinya mahukan anak dan dengan izin Allah SWT, dikabulkan permintaannya itu.

Kesimpulan pada perkongsian Ika ini adalah, apabila berdoa, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh.

Kita tidak akan rugi dengan berdoa. Minta dengan jelas segala keinginan dan asbab kenapa kita mahukan sesuatu.

Semoga anda semua memperoleh manfaat daripada perkongsian Ika ini.

 

Sumber : Instagram Ika Nabella

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HOT FM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*